- Ibu memotong sayur dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam.
- Abang dengan saya bermain bola di padang sekolah.
- Murni membaca buku rujukan dengan rajinnya.
- Pekerja membelah kayu api dengan kapak.
- Ali sependapat dengan Chong.
- Dengan dipujuk manis, barulah anaknya hendak pergi ke sekolah.
- Ibu menyapu dedaun kering di halaman rumah dengan penyapu lidi.
- Saya bersua dengan jiran lama saya di pameran buku.
Thursday, 20 October 2011
LATIHAN- PILIH AYAT YANG BETUL
Wednesday, 19 October 2011
DENGAN ( 4 )
Seterusnya, perkataan dengan
membawa maksud perbandingan setara atau juga disebut sebagai perbandingan yang
serupa/sama. Contohnya:
8. Wajahnya tidak sama derngan
wajah kakaknya.
9. Tentu tidak sama emas tulen
dengan emas suasa.
Timbul satu persoalan bahasa,
iaitu bolehkah perkataan dengan dalam ayat ( 2) Ibu ke pasar dengan kakak,
digantikan dengan perkataan dan menerbitkan bentuk ayat baharu (2a) Ibu dan
kakak ke pasar, kerana maksud kedua-dua perkataan dengan dan dan dalam ayat itu
sama, yakni membawa maksud bersama atau serta?
Boleh. Kedua-dua ayat (2) dan
(2a) sama maksudnya, iaitu maksud bersama. Kedua-dua ayat ini betul dari segi
binaan dan makna; yang membezakan kedua-dua ayat itu terletak pada penggunaan
kata sendi nama dengan (ayat2) da kata hubung setara dan (ayat 2a)
Sebagai kata sendi nama, dengan
merangkaikan frasa nama (kakak) dengan kata/frasa-frasa lain (ke pasar). Itulah
tugas kata sendi nama. Sebagai kata hubung gabungan, dan menjalankan peranannya
sebagai perkataan yang menghubungkan dua ayat atau lebih yang sama taraf
sifatnya membentuk ayat majmuk gabungan setara (2a).
Ayat (2a) berasal daripada dua
potong ayat dasar yang sama taraf, iaitu:
Ayat 1 : Ibu ke pasar
Ayat 2 : Kakak ke pasar
Kata hubung : dan
Proses gabungan : Ibu ke pasar +
Kakak ke pasar
Ayat majmuk : Ibu dan kakak ke
pasar.
Jelaslah bahawa kata hubung dan
menggabungkan dua ayat, manakala dengan merangkaikan frasa. Kedua-duanya
berbeza fungsi,namun kedua-duanya mempunyai maksud yang sama.
Tuesday, 18 October 2011
DENGAN ( 3 )
Kata sendi nama dengan juga digunakan
untuk menyatakan makna keterangan cara. Dengan kata lain, perkataan dengan
dapat menerangkan cara sesuatu itu dilakukan. Maksud ini tersirat dalam
ayat-ayat contoh berikut:
6. Kita hendaklah memulakan makan
dengan bacaan doa.
7. Dia belajar dengan rajinnya.
Harus diingat, kata adjektif rajin yang hadir selepas kata sendi nama
dengan perlu dilengkapi dengan -nya,
supaya menerbitkan frasa nama rajinnya.
Fungsi -nya adalah sebagai pembenda,
yakni menjadikan kata adjektif (rajin)
berubah menjadi frasa nama dengan adanya kata pembenda -nya di hujungnya (rajinnya), sekali gus dapat menepati struktur
frasa sendi nama yang terbentuk daripada kata sendi yang diikuti kata/frasa
nama. Oleh itu, dalam konteks ini, perkataan dengan ialah kata sendi manakala rajinnya ialah kata/frasa nama.
Monday, 17 October 2011
DENGAN ( 2 )
Kata sendi nama dengan dapat digunakan dalam ayat untuk membawa maksud memakai atau menggunakan sesuatu sebagai alat. Contohnya:
4. Fikiri membelah kayu dengan kapak.
5. Ibu menyapu sampah dengan penyapu lidi.
Oleh sebab perkataan dengan dalam kedua-dua ayat di atas membawa maksud menggunakan atau memakai maka perkataan 'menggunakan' tidak perlu lagi hadir mengikuti perkataan dengan membentuk frasa dengan menggunakan, kerana bentuk yang demikian itu dianggap lewah. Tambahan pula, kata sendi nama dengan harus diikuti oleh kata/frasa nama, bukan kata kerja menggunakan untuk membentuk binaan frasa sendi nama. Oleh itu ayat (4a) dan (5a) yang berikut dianggap tidak persis:
4. (a) Fikiri membelah kayu dengan menggunakan kapak.
5. (a) Ibu menyapu sampah dengan menggunakan penyapu lidi.
Sunday, 16 October 2011
DENGAN - ( 1 )
Dengan ialah kata sendi nama bahasa Melayu. Dari segi makna, dengan bermaksud serta, bersama. Oleh itu perkataan dengan boleh digantikan dengan perkataan serta dan bersama tanpa merobah maksud ayat. Telitilah ayat contoh yang berikut:
1. (a) Saya ke sekolah dengan adik setiap hari.
(b) Saya ke sekolah bersama adik setiap hari.
(c) Saya serta adik ke sekolah setiap hari.
Apakah fungsi kata sendi nama dengan ?
* Sebagai kata sendi nama, perkataan dengan di hadapan kata nama / frasa nama digunakan untuk membawa beberapa maksud tertentu. Bagi tujuan bersama-sama atau berserta, dengan dapat memainkan funfsi ini. Telitilah fungsi perkataan dengan dalam ayat-ayat contoh berikut:
2. Ibu ke pasar dengan kakak.
3. Dengan siapakah engkau hendak pergi ke bandar ?
Dalam ayat (2), ibu serta kakak yang ke pasar; dan dalam ayat (3), engkau serta seorang yang tidak diketahui akan pergi ke bandar.
1. (a) Saya ke sekolah dengan adik setiap hari.
(b) Saya ke sekolah bersama adik setiap hari.
(c) Saya serta adik ke sekolah setiap hari.
Apakah fungsi kata sendi nama dengan ?
* Sebagai kata sendi nama, perkataan dengan di hadapan kata nama / frasa nama digunakan untuk membawa beberapa maksud tertentu. Bagi tujuan bersama-sama atau berserta, dengan dapat memainkan funfsi ini. Telitilah fungsi perkataan dengan dalam ayat-ayat contoh berikut:
2. Ibu ke pasar dengan kakak.
3. Dengan siapakah engkau hendak pergi ke bandar ?
Dalam ayat (2), ibu serta kakak yang ke pasar; dan dalam ayat (3), engkau serta seorang yang tidak diketahui akan pergi ke bandar.
Saturday, 15 October 2011
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN
Penjodoh Bilangan
- Penjodoh bilangan ialah sejenis kata nama kerana digunakan dengan kata nama
- Tujuan adalah untuk menyatakan bilangan sesuatu
- Untuk menentukan bilangan yang lebih tepat, kata bilangan digunakan seperti se, satu, dua, sepuluh, dan sebagainya.
- Kata bilangan ini diletakkan sebelum penjodoh bilangan dan diikuti oleh kata nama.
Kata Bilangan Penjodoh Bilangan Kata Nama
se / satu ekor burung
sepuluh batang kayu
seratus biji tembikai
sebelas butir telur
|
PENJODOH
|
PENGGUNAAN
|
CONTOH
|
|
angkatan
baris
batang
bentuk
berkas
bidang
bungkus
butir
carik
|
benda dan
manusia
manusia,
benda atau tumbuhan
benda yang
panjang, pendek, lurus dan keras
benda
kecil yang dicipta
benda yang
telah diberkas atau diikat
benda yang
lebar, luas dan rata
benda-benda
yang dibalut
benda yang
kecil dan hamper bulat
benda
nipis dan berkeping-
keping
|
belia,
tentera, penulis,
murid,
rumah, orang, ayat, pokok getah …
mancis,
tongkat, pen, lilin …
cincin,
mata kail, subang,
rotan,
ranting, kunci, kayu, …
kebun,
kain, bendang, layar, tikar, …
nasi
lemak, mi, rokok, …
telur,
mutiara, beras, peluru, …
kain
perca, kertas, daun, …
|
Friday, 14 October 2011
KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada lapan jenis berdasarkan makna perkataan-perkataan, iaitu:
- kata adjektif sifat / keadaan : berani, cerdik, pandai
- kata adkektif berwarna : merah, biru, hitan, mhitam
- kata adjektif ukuran : cetek, nipis, tebal
- kata adjektif bentuk : bujur, bundar, bulat
- kata adjektif waktu : baru, lama
- kata adjektif cara : cepat, deras
- kata adjektif perasaan : benci, cinta
- kata adjektif pancaindera :
- padang : ayu, buruk, cantik, hodoh
- dengar : bising, mersik, merdu, nyaring
- bau : busuk, hapak, hamis, harum
- rasa : lazat, manis, sedap, kelat
- sentuh : basah, halus, kasar, lembut
Subscribe to:
Posts (Atom)