#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Wednesday 26 October 2011

CONTOH KARANGAN


SUDAHKAN CERITA DI BAWAH.
TAJUK 1 - Petang itu, kami pergi ke taman permainan. ketika sedang bermain, seorang rakanku terjatuh dari buaian. Tanpa berlengah-lengah lagi, aku pun . . . .

            Petang itu, kami pergi ke taman permainan. ketika sedang bermain, seorang rakanku terjatuh dari buaian. Tanpa berlengah-lengah lagi, aku pun bergegas ke arahnya. Ku lihat darah mengalir di dahi dan tangannya. Dia mengerang kesakitan akibat kecederaan itu.

            Aku segera mengoyakkan bajunya untuk membalut luka tersebut. Aku juga menasihatinya supaya bertenang sementara kami mendapatkan rawatan doktor.

            Ketika itu, sebuah kereta berhenti. Pemandunya pula menawarkan bantuan untuk menghantarkan kami ke hospital. Aku mengucapkan terima kasih lalu memapah rakanku ke kereta.

            Kami tiba di hospital  setengah jam kemudian. Setelah mendaftar, rakanku terus dibawa ke wad kecemasan. Sementara itu, aku ke pondok telefon untuk memberitahu keluarganya dan meminta mereka datang ke hospital. Fikiranku mula dibayangi pelbagai kemungkinan. Namun, aku tetap berdoa agar kawanku selamat.

            Tidak lama kemudian, keluarga rakanku tiba. Mereka bersyukur kerana anak mereka selamat. Namun begitu, rakanku terpaksa tinggal di wad selama seminggu.

            Lewat senja itu, aku pulang bersama dengan keluarganya. Mereka mengucapkan terima kasih kepadaku. Kini, aku boleh menarik nafas lega kerana segala-galanya telah selamat. 

back to top