#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Monday 28 November 2011

BAHAGIAN C


[ Masa yang dicadangkan : 20 minit ]
[ 20 markah ]

Tulis lima pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
 

     Rosnah tiba di rumahnya. Dia memberi salam kepada ibunya. Selepas itu , dia menyimpan kasut dan stokingnya dalam rak kasut. Rosnah menukar pakaian dan membersihkan dirinya. Aminah menyimpan duit syiling ke dalam tabung yang dihadiahkan oleh ayahnya. Kemudian, dia ke dapur untuk makan tengah hari . Dia memanggil adik-adiknya untuk makan tengah hari bersama-sama. Ibunya memasak asam pedas kegemarannya.
     Selepas makan , Rosnah selalu membasuh pinggan mangkuk dan membersihkan meja. Aminah ke ruang tamu lalu membaca surat khabar. Setengah jam kemudian , dia mengulang kaji pelajaran. Dia turut membantu adik-adiknya belajar. Dia mahu berjaya dalam pelajaran. Ibu bapanya pasti akan  berasa bangga dengan pencapaiannya.



back to top