#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Friday 9 December 2011

“Seloroh” dan “Seluruh”


KEDUA-DUA patah kata tersebut pun hamper sama bentuk dan sebutannya.Namun maknanya tidak sama.Kata seloroh bererti “senda gurau,lelucon,atau kelakar”.Jadi ,berseloroh bererti “bergurau” atau “berolok-olok”.Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut ini:

1 Selorohnya kadang-kadang menyakitkan hati.
2 Mereka berseloroh sahaja ,bukan benar-benar mengatakan kamu malas.
3 Secara berseloroh Cikgu Ali mengatakan bahawa semua muridnya pandai belaka.

    Kata seluruh pula bererti “semua,segenap”.Daripada kata tersebut terbit kata menyeluruhi yang  bererti “meliputi” dan terbit juga kata keseluruhan yang bererti sama dengan kata seluruh.
     Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut ini:

1 Seluruh anggotanya melecur terkena air panas.
2 Berita baik itu sudah tersebar kr seluruh kampong.
3 Kasih ibu menyeluruhi hati ndan perasaan.
4 Keseluruhan yang dimilikinya sudah tiada lagi.

Sekarang,perhatikanlah penggunaan kedua-dua patah kata itu dalam ayat yang berikut ini:

1 Menteri itu sudah berkunjung ke seluruh negara.
2 Seluruh ruang di pejabatnya kelihatan kemas.
3 Seloroh sentiasa menggelikan hati.
4 Tidak baik berseloroh  dalam keadaan yang cemas.
5 Seluruh kakinya lumpuh.



back to top