#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Thursday 27 October 2011

CONTOH KARANGAN

AKHIRI KARANGAN KAMU DENGAN AYAT DI BAWAH.
TAJUK 2 – . . . . . . Pak Abu dan keluarganya mengucapkan terima kasih atas pertolongan Encik Bakar.

            Malam itu hujan turun dengan lebat, keluarga Pak Abu tidur lebih awal. Kira-kira pukul satu malam hujan sudah reda. Ketika itu, keluarga  Pak Abu sudah tidur nyenyak.

            Seorang pencuri yang bertopeng serta berpakaian hitam memasuki rumah Pak Abu dari sebuah tingkap yang terbuka. Dia menyelongkar semua laci dan almari dalam rumah. Dia memasukkan barang-barang yang berharga dan wang ke dalam sebuah kampit.

            Jiran Pak Abu, Encik Bakar ternampak suatu lembaga di rumah Pak Abu semasa dia bangun ke bilik air. Dengan segera, dia menelefon balai polis apabila dia sedar ada pencuri di rumah jirannya.

            Apabila pencuri itu hendak melarikan diri dari tingkap tadi, dia telah dikepung oleh sepasukan anggota polis. Dia diberkas dan digari. Pihak polis memuji semangat kejiranan Encik Bakar. Pak Abu dan keluarganya mengucapkan terima kasih atas pertolongan Encik Bakar.

back to top