#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Monday 31 October 2011

KATA BANYAK MAKNA

KATA BANYAK MAKNA

Kaki : ·椅子脚 ·山脚 ·量词  ·尺(长度单位)
Buku : ·关节 ·量词 ·
Dingin :寒冷 ·冷静 ·扫兴 ·不热情

      I.      Web zheng membeli beberapa kaki joran untuk memancing.
 II.      Zaki memang kaki pancing kerana dia memancing hamper setiap hari.
III.      Jarak rumah Karim dengan ruman Kim hanya beberapa kaki saja.
 IV.      Kaki Aiman bengkak kerana digigit seekor lipan bara semasa dia sedang tidur.
 A. I dan IV                      B. II dan III         
 C. I, III dan IV               D. II, III dan IV

        I.  Semua kertas kerja telah saya buku sebelum dihantar 
       kepada pensyarah.
       II.  Ibu menyuruh adik membeli dua buku sabun basuh.
   III.  Semua buku di perpustakaan disusun dengan teratur.
       IV.  Abang makan dua buku roti pada waktu pagi.
 A. I dan IV                      B. II dan III         
 C. I, III dan IV               D. II, III dan IV

            I.   Cuaca menjadi dingin selepas hujan petang tadi.
     II.  Nasi yang dihidang oleh ibu telah dingin kerana tidak ditutup.
     III.   Kami hanya berpakaian nipis pada hari itu kerana cuaca amat dingin.
       IV.  Hubungan persahabatan mereka dingin selepas kejadian tempoh hari.
A. I dan IV                      B. II dan III        
C. I, III dan IV               D. II, III dan IV





Sunday 30 October 2011

LATIHAN


Bahagian C
{ 20 markah }
[ Masa dicadangkan : 20 minit ]

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada catatan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi  40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


6.30 pagi
Aku bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Setelah lengkap berpakaian, aku bersarapan. Hari ini merupakan hari pertama aku belajar di sekolah baharu.
6.45 pagi
Aku beratur menaiki bas awam. Mujur aku mendapat tempat duduk. Seorang perempuan tua naik. Dia berdiri berdekatan dengan pintu. Aku berdiri lalu memberikan tempat duduk kepada perempuan tua itu. Dia mengucapkan terima kasih kepada aku.
7.00 pagi
Aku menjejakkan kaki ke sekolah baharu. Sementara menunggu loceng berbunyi, aku duduk di kantin sambil membaca buku cerita . Aku berkenalan dengan seorang murid dari tahun enam.
7.15 pagi
Loceng berbunyi. Aku menuju ke pejabat sekolah. Aku berjumpa dengan kerani sekolah. Dia membawa aku berjumpa dengan guru besar. Beliau mengucapkan selamat datang ke sekolah baharu kepada aku.
7.25 pagi
Seorang guru perempuan masuk ke bilik guru besar. Namanya Cikgu Aminah. Aku memperkenalkan namaku dan bersalam dengan Cikgu Aminah.
7.40 pagi
Aku diperkenalkan oleh Cikgu Aminah kepada semua murid Tahun Enam Orkid. Mereka menyambut kehadiran aku sebagai rakan sekelas yang baharu dengan gembira. Aku tersenyum melihat murid yang aku temui di kantin berada sekelas denganku.

Saturday 29 October 2011

TEKNIK RAMALAN


Definisi:
¨  Kemampuan menggunakan minda membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa berdasarkan maklumat dan bukti.

Tujuan:
¨  Membuat tindakan yang sesuai dengan perkara yang akan berlaku
¨  Membuat persediaan tertentu untuk menghadapi peristiwa-peristiwa baru
¨  Mengelakkan diri daripada peristiwa buruk yang diramalkan akan berlaku
¨  Mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku
¨  Membuat keputusan berdasarkan maklumat dan bukti
 
Panduan Membuat Ramalan
¨  Kumpul dan tapis maklumat yang sesuai bagi mengenal pasti corak atau pola awal dalam bahan
¨  Kumpul dan bezakan maklumat yang ada untuk mengenal pasti perkara yang sesuai diramal.
¨  Kaji kemungkinan-kemungkinan kejadian dan pilih kejadian yang besarkemungkinan akan berlaku
¨  Cari bukti sebenar yangmungkin menyebabkan kejadian berlaku 

¨  Tajuk cerita/buku
¨  Kulit buku
¨  Peristiwa yang akan atau telah berlaku
¨  Gambar

Ramalan 1 : Siapakah dia?

       Ada seorang budak pengakap bernama Amin Pada suatu hari Amin dan rakan pengakap pergI berkhemah di tepi sebuah hutan.....
Amin pandai mendirikan khemah. Untuk memastikan khemahnya lebih tegap, Amin meletakkan batu-batu di bahagian bawah khemahnya.  Bagi memastikan Amin tidak tersalah khemah, dia...( ramal )

Friday 28 October 2011

CONTOH KARANGAN


LENGKAPKAN CERITA DI BAWAH.
TAJUK 3 – Ketika pulang dari sekolah, aku ternampak tompokan darah di pinggir jalan. Rupa-rupanya seekor anak anjing cedera akibat dilanggar kenderaan. Aku pun . . .

            Ketika pulang dari sekolah, aku ternampak tompokan darah di pinggir jalan. Rupa-rupanya seekor anak anjing cedera akibat dilanggar kenderaan. Aku pun memberhentikan kayuhan lalu menghampiri anak anjing itu. Anak anjing itu mengerang kesakitan. Kakinya patah dan luka pula.

            Dengan berhati-hati, aku mengangkat anak anjing itu lalu kuletakkan di dalam raga basikalku. Kemudian, aku meneruskan kayuhan untuk pulang ke rumahku.

            Setelah tiba di rumah, aku segera memberitahu ibuku. Ibuku bersimpati akan anak anjing itu. Dia segera membersihkan luka pada tubuh anak anjing itu.

            Seketika kemudian, ibu mengajakku ke klinik haiwan. Doktor Prakash yang merawatnya. Lukanya dijahit dan kakinya disimen.

            Setelah sebulan berlalu, anak anjing itu dibawa ke klinik haiwan lagi. Kali ini, doktor membuka balutan simen dan jahitan di kakinya. Aku gembira melihat anak anjing itu pulih seperti sedia kala.

            Kini, timbul pula rasa sayang akan anak anjing itu. Justeru, aku merayu kepada ibu agar anak anjing ini dibiarkan tinggal bersamaku. Rupa-rupanya, ibu juga berniat demikian. Oh, alangkah bahagianya diriku.


Thursday 27 October 2011

CONTOH KARANGAN

AKHIRI KARANGAN KAMU DENGAN AYAT DI BAWAH.
TAJUK 2 – . . . . . . Pak Abu dan keluarganya mengucapkan terima kasih atas pertolongan Encik Bakar.

            Malam itu hujan turun dengan lebat, keluarga Pak Abu tidur lebih awal. Kira-kira pukul satu malam hujan sudah reda. Ketika itu, keluarga  Pak Abu sudah tidur nyenyak.

            Seorang pencuri yang bertopeng serta berpakaian hitam memasuki rumah Pak Abu dari sebuah tingkap yang terbuka. Dia menyelongkar semua laci dan almari dalam rumah. Dia memasukkan barang-barang yang berharga dan wang ke dalam sebuah kampit.

            Jiran Pak Abu, Encik Bakar ternampak suatu lembaga di rumah Pak Abu semasa dia bangun ke bilik air. Dengan segera, dia menelefon balai polis apabila dia sedar ada pencuri di rumah jirannya.

            Apabila pencuri itu hendak melarikan diri dari tingkap tadi, dia telah dikepung oleh sepasukan anggota polis. Dia diberkas dan digari. Pihak polis memuji semangat kejiranan Encik Bakar. Pak Abu dan keluarganya mengucapkan terima kasih atas pertolongan Encik Bakar.

Wednesday 26 October 2011

CONTOH KARANGAN


SUDAHKAN CERITA DI BAWAH.
TAJUK 1 - Petang itu, kami pergi ke taman permainan. ketika sedang bermain, seorang rakanku terjatuh dari buaian. Tanpa berlengah-lengah lagi, aku pun . . . .

            Petang itu, kami pergi ke taman permainan. ketika sedang bermain, seorang rakanku terjatuh dari buaian. Tanpa berlengah-lengah lagi, aku pun bergegas ke arahnya. Ku lihat darah mengalir di dahi dan tangannya. Dia mengerang kesakitan akibat kecederaan itu.

            Aku segera mengoyakkan bajunya untuk membalut luka tersebut. Aku juga menasihatinya supaya bertenang sementara kami mendapatkan rawatan doktor.

            Ketika itu, sebuah kereta berhenti. Pemandunya pula menawarkan bantuan untuk menghantarkan kami ke hospital. Aku mengucapkan terima kasih lalu memapah rakanku ke kereta.

            Kami tiba di hospital  setengah jam kemudian. Setelah mendaftar, rakanku terus dibawa ke wad kecemasan. Sementara itu, aku ke pondok telefon untuk memberitahu keluarganya dan meminta mereka datang ke hospital. Fikiranku mula dibayangi pelbagai kemungkinan. Namun, aku tetap berdoa agar kawanku selamat.

            Tidak lama kemudian, keluarga rakanku tiba. Mereka bersyukur kerana anak mereka selamat. Namun begitu, rakanku terpaksa tinggal di wad selama seminggu.

            Lewat senja itu, aku pulang bersama dengan keluarganya. Mereka mengucapkan terima kasih kepadaku. Kini, aku boleh menarik nafas lega kerana segala-galanya telah selamat. 

Tuesday 25 October 2011

MORFOLOGI ( golongan kata )

MORFOLOGI ( golongan kata)

ì     Kata kerja

KATA KERJA TAK TRANSITIF
  • KATA KERJA YANG BOLEH BERDIRI DENGAN SENDIRI.
  • TERBAHAGI KEPADA 5 BAHAGIAN
1. KATA KERJA ASAL
MAKAN, MINUM,TIDUR

2. BERAWALAN BER-
          - BERSALAM, BERMAIN, BERBARING

3. BERAWALAN MEN-
          - MENYANYI, MENYAMPUK, MENDARAT

4. BERAWALAN TER-
          - TERMENUNG, TERSEREMPAK, TERBARING

5. BERAPITAN BER…….AN
          - BERSALAMAN, BERKELIARAN,
            BERPADANAN

PERINGATAN
  •  KELIMA-LIMA KATA KERJA DI ATAS BOLEH BERDIRI SENDIRI
  •  BOLEH MELETAK TITIK ATAU NOKTAH SELEPAS PERKATAAN TERSEBUT.
  • JIKA AYAT MAHU DIPERLUAS PERLU DITAMBAH KATA SENDI ‘SEDANG’

LATIHAN
  1. Mekanik itu sedang _______kereta itu untuk membaiki bahagian ekzos yang bocor.
                             a) menaiki
                             b) menaik
                             c) menaikan
                             d) menaikkan
JAWAPAN : D

Monday 24 October 2011

KARANGAN (ISI TEMPAT KOSONG)

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

          Pada _______________  setiap tahun lapisan masyarakat di Negara kita akan menyambut hari paling bermakna iaitu ______________ . Hari itu disambut sebagai ______________ kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

          Pelbagai acara diadakan bagi menyambut hari itu. Antaranya ___________ kereta berhias oleh pihak kerajaan dan swasta. Kereta-kereta yang dipamerkan dihias dengan bunga-bunga supaya kelihatan menarik.

          Selain itu, kita akan dapat menyaksikan anggota tentera membuat_________ . Ada pertunjukan kapal terbang yang sungguh mendebarkan. Turut dipamerkan ialah senjata yang digunakan oleh angkatan tentera Malaysia.

          Pelajar sekolah juga turut ______________ dalam sambutan Hari Kebangsaan. Pelajar akan membuat pertunjukan pakaian kebudayaan dan persembahan pancaragam. Ramai ibu bapa yang hadir memberikan _______________.

          Pada sebelah malam pula, pelbagai pertunjukan pentas _______________. Antaranya nyanyian oleh artis terkenal. Malah diselitkan juga lawak jenaka dalam persembahan pada waktu itu.

              Sambutan ini diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang _________. Ramai pengunjung begitu terhibur menyaksikannya.
back to top