#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Monday 21 November 2011

SOALAN PEMAHAMAN


Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.
            Saya berasa sangat terharu dan berterima kasih kepada para hadirin kerana memberi penghormatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan pada pagi yang bertuah ini.  Saya berasa amat bangga kerana telah memenangi pertandingan olahraga peringkat daerah tempoh hari.  Dengan ini, saya telah dapat mengharumkan nama sekolah.  Sememangnya itulah harapan dan impian saya selama ini.
Hadirin yang dikasihi,
            Kata orang, ‘Usaha Itu Tangga Kejayaan’.  Pepatah ini telah menjadi pegangan hidup saya dan sebati dengan jiwa saya.  Walaupun saya aktif dalam bidang sukan namun tanggungjawab sebagai pelajar tidak pernah saya lupakan.  Saya sentiasa memperuntukkan masa yang lebih untuk belajar berbanding dengan bersukan.
            Di samping itu, ingin saya maklumkan bahawa keluarga, guru-guru dan rakan-rakan turut menyumbang kepada kejayaan saya ini.  Semangat dan dorongan yang diberi amat saya hargai.  Saya berjanji akan terus mengharumkan nama sekolah dan menabur bakti sebanyak yang mungkin khususnya sebelum meninggalkan sekolah ini.
            Oleh kerana agak panjang ucapan saya, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

1.                  Di manakah ucapan ini mungkin disampaikan?
A.                 Majlis Perpisahan akhir tahun
B.                 Perayaan Hari Guru
C.                 Majlis meraikan kejayaan penulis
D.                 Majlis Hari Sukan

2.                  Mengapakah penulis berasa terharu?
A.                 Dapat berucap pada majlis itu
B.                 Diraikan oleh pihak sekolah
C.                 Berjaya dalam bidang sukan
D.                 Impiannya menjadi kenyataan

3.                  Berikut mungkin acara yang diwakili oleh penulis, kecuali …..
A.                 4 X 100 meter
B.                 Lompat pagar
C.                 Melempar cakera
D.                 Bola Jaring

4.                  Apakah janji penulis pada akhir ucapannya?
A.           Akan terus berasa bangga
B.           Akan terus berbakti kepada sekolah
C.          Akan menghargai semangat dan dorongan yang diberi
D.          Akan terus bersukan

5.                  Erti perkataan menyumbang bergaris dalam petikan ialah ………
A.                 galakan
B.                 sekatan
C.                 bakti
D.                 dorongan
back to top