#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Sunday 9 October 2011

LATIHAN NILAI MURNI- FORMAT UPSR

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

SOALAN
Selepas bangun daripada tidur, Rina membersihkan diri dengan mandi dan menggosok gigi. Kemudian , Rina akan akan mengemas katilnya tanpa bantuan ibu. Dia tidak lupa bersarapan pagi sebelum pergi ke sekolah. Dia amat mementingkan kesihatan badannya.
            Rina akan bersalam dengan ibu bapanya sebelum pergi ke sekolah. Setibanya di dalam kelas, Rina terus menyapu sampah. Dia lebih suka belajar dalam keadaan yang bersih.
            Sebagai seorang ketua darjah, Rina selalu membantu kawan - kawan yang menghadapi masalah. Selain itu, dia juga menjaga disiplin kelas jika cikgu masih belum masuk kelas. Rina selalu dipuji oleh guru – guru.

JAWAPAN :
                     Kita mesti menjaga kebersihan dengan mandi selepas bangun daripada tidur. Seterusnya, kita perlulah berdikari dengan mengemas katil tanpa bantuan ibu. kita hendaklah bersopan-santun seperti Rina bersalam dengan ibu bapanya sebelum pergi ke seklah. Akhirnya, kita perlulah baik hati dengan membantu kawan yang menghadapi masalah.


back to top