#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Thursday 8 December 2011

PENGGUNAAN 'MEMBERI' dan 'MEMBERIKAN'

Kata beri dalam bentuk kata kerja terbitannya dapat menjadi memberi dan memberikan. Sebikangan pengguna bahasa keliru akan penggunaan kedua-dua patah kata terbitan itu. Maka seringlah kita dengar atau kita baca ayat seperti yang berikut ini :
  1. *Guru besar memberikan dia pujian.
  2. *Ibu memberikan saya sepotong kuih.
  3. *Sultan memberi pingat kepada orang yang berjasa.
  4. *Kami memberi cenderamata kepada pelawat itu.
Dalam kamus, cukup terang diberikan makna memberi dan memberikan. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, DBP menerangkan :
  • memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh, Dia memberi anaknya wang saku.
  • memberikan - menyerahkan sesuatu kepada. Contoh, Saya memberikan buku itu kepada adik saya.  
Jadi, jelas bahawa ada kelainan makna yang timbul antara kata memberi dan memberikan. Ayat-ayat contoh yang salah yang saya berikan tadi mesti dibetulkan menjadi :
  1. Guru besar memberi dia pujian.
  2. Ibu memberi saya sepotong kek.
  3. Sulatan memberikan pingat kepada orang yang berjasa.
  4. Kami memberikan cenderamata kepada pelawat itu.
back to top