|
1.
buruh membancuh simen
2.
nelayan menebar jala
3.
polis menangkap pencuri
4.
askar menjaga keselamatan
5.
doktor merawat pesakit
6.
guru mengajar murid
7.
arkitek melukis pelan
8.
mekanik membaiki kereta
9.
penternak membela ayam
10.
posmen menghantar surat
|
1.劳工参混凝土
2.渔夫撒网
3.警察捉小偷
4.兵士保卫安全
5.医生医治病人
6.教师教导学生
7.绘测师画平面图
8.技术员修理汽车
9.鸡农养鸡
10.邮差送信
|
Saturday, 12 November 2011
KOSA KATA - PEKERJAAN dan TUGASANNYA
Friday, 11 November 2011
"Bena" dan "Bina"
Kata bena dan bina seakan-akan sama bentuknya, sehingga
kerap juga orang mengucapkan atau menulis kedua-dua patah perkataan itu seperti
dalam ayat di bawah ini:
2. *Beberapa orang askar membena janbatan sementara ketika banjir berlaku.
Penggunaan kata bina dalam ayat 1
ternyata salah kerana bina bererti “membangunkan” atau “mendirikan”. Oleh itu,
kata bina sesuai digunakan dalam ayat 2. Penggunaan kata bena dalam ayat 2 pula
salah kerana bena bermaksud “acuh”, “peduli”, “endah”, “perhatian”. Jadi, kata
bena sesuai digunakan dalam ayat 1 dengan pengertian “acuh tak acuh”. Makna kata
bena yang lain ialah “ombak”, “pasang” dan “banjir”.
Contoh lain
bagaimana kedua-dua patah kata itu digunakan dengan betul adalah seperti yang
berikut ini:
A 1. Janganlah berebut tidak bena ketika menghadapi kesusahan.
2.
Tidak patut kamu bersikap tidak bena
terhadap orang tuamu.
3.
Hatinya keras sekali; tidak dibenakannya
amaran itu.
4. Perlu
sangat kita mengambil bena kepada
kepentingan orang lain.
5. Air bena menyebabkan beberapa perahu hanyut.
B 1. Tugas
kita sekarang ialah membina suatu
negara yang kukuh.
2.
Jambatan yang dibina oleh orang kampong
musnah dilanda banjir.
3.
Pemuda Pembina bangsa.
4. Pembinaan bangunan sekolah hampir selesai.
5.
Binaan ahli-ahli seni bina Islam
tinggi mutunya.
Sekarang
perhatikanlah contoh-contoh lain penggunaan kata bena dan bina.
1.
Semakin lama semakin banyak lebuh raya yang
dibina.
2.
Piramid dibina dengan mengorbankan entah berapa
banyak jiwa.
3.
Jika anda bersikap tidak bena terhadap kejadian
sekeliling akan jadilah anda seekor katak di bawah tempurung.
4.
Bahan binaan selalu sahaja sukar didapat.
5.
Sifat bena tak bena salah satu punca kegagalan
dalam kehidupan.
Thursday, 10 November 2011
SOALAN PEMAHAMAN
Baca petikan di
bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pernahkah adik-adik melihat gerhana
matahari? Tahukah adik-adik bagaimanakah gerhana matahari terjadi? Buat
pengetahuan adik-adik, gerhana matahari berlaku disebabkan oleh gerakan bulan
mengelilingi bumi. Kedudukan bulan serta bumi pula berubah-ubah dalam orbitnya.
Fenomena gerhana matahari berlaku pada waktu siang, iaitu ketika bulan berada
antara bumi dengan matahari. Keadaan ini menyebabkan sebahagian cahaya matahari
ke permukaan bumi terhalang oleh bulan.
Sepanjang tempoh berlakunya gerhana
matahari ini, bulan akan membentuk dua bayang-bayang terhadap bumi, iaitu
bayang umbra dan bayang penumbra. Bayang umbra yang penuh dan gelap hanya akan
mencapai sebahagian kecil ke permukaan bumi, manakala bayang penumbra separa
dan malap. Namun, masih ada sedikit cahaya akan sampai ke bumi lebih besar
berbanding dengan umbra. Hal yang demikian ini menyebabkan langit akan menjadi
gelap secara perlahan-lahan.
Buat pengetahuan adik-adik, gerhana
matahari berlaku dalam dua keadaan, iaitu gerhana penuh dan gerhana separa.
Gerhana penuh terjadi ketika bulan melindungi seluruh matahari. Gerhana separa
pula terjadi ketika bulan hanya menutupi sebahagian matahari. Gerhana matahari
penuh jarang-jarang berlaku. Kemungkinan adik-adik dapat menyaksikan gerhana
ini sekali dalam seumur hidup.
Sekiranya adik-adik ingin melihat gerhana
matahari, jangan sekali-kali melihat dengan mata yang terdedah. Lihatlah dengan
menggunakan medium-medium lain seperti cermin mata hitam, teleskop, televisyen,
dan sebagainya. Hal ini demikian kerana sinaran cahaya matahari dapat
merosakkan retina mata yang akhirnya mata akan menjadi buta.
1.
Gerhana matahari berlaku…
A disebabkan oleh gerakan bulan mengelilingi
bumi.
B apabila kedudukan bumi berubah-ubah dalam
orbitnya.
C ketika bulan berada dekat dengan matahari
pada waktu siang.
D apabila cahaya matahari ke permukaan bumi
terhalang oleh bulan.
2. Bagaimanakah gerhana penuh terjadi?
A ketika bayang umbra menutupi sebahagian
kecil permukaan bumi.
B ketika langit menjadi gelap secara
perlahan-lahan.
C ketika bulan melindungi seluruh matahari.
D ketika bulan menutupi sebahagian daripada
matahari.
3. Frasa
kata seumur hidup dalam petikan bermaksud…
A hidup sekali.
B hidup sekali umur.
C sepanjang umur yang hidup.
D sepanjang hayat.
4. Perkara apakah yang ditegah ketika melihat gerhana
matahari?
A menonton melalui kaca televisyen
B memakai cermin mata hitam
C melihat dengan mata terdedah
D menggunakan teleskop
5. Penyataan
yang berikut adalah benar tentang petikan, kecuali…
A gerhana matahari berlaku pada waktu siang,
iaitu ketika bulan berada antara bumi dengan matahari.
B bayang penumbra ialah bayang yang separa
dan malap.
C gerhana matahari penuh berlaku setiap lima tahun sekali.
D langit akan menjadi gelap ketika berlaku
gerhana matahari.
Wednesday, 9 November 2011
"Perhatian" dan "Pemerhatian"
Pengguna
bahasa Melayu bukan sahaja terkeliru dalam penggunaan kata terbitan yang
tergolong sebagai kata kerja tetapi juga kata terbitan yang tergolong sebagai
kata nama. Kekeliruan dalam penggunaan kata perhatian dan pemerhatian yang
tergolong segbagai kata nama adalah antara contoh yang pernah saya temukan,
khususnya dalam media cetek dan media elektronik. Barangkali anda pernah
membaca ayat yang sedemikian:
2. *Perhatian yang dibuat oleh beberapa orang aktivis masyarakat menunjukkan bahawa pengabaian agama adalah punca keruntuhan moral dalam kalangan remaja.
Apakah maksud
kedua-dua ayat di atas yang sebenarnya? Ayat 1 bermaksud pesalah juvana itu akan terus
berada di bawah “pengawasan” polis walaupun dia dibebaskan oleh pihak makhmah. Ayat
2 pula bermaksud bahawa menerusi “pengamatan”
penulis, beliau mendapati pengabaian didikan agama menjadi punca berlakunya
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Persoalannya, benarkah kata perhatian
dalam kedua-dua ayat tersebut mendukung maksud “pengawasan” dan “pengamatan”?
Yang sebenarnya
kata perhatian bukanlah kata yang tepat untuk kedua-dua ayat tersebut. Kata yang
tepat ialah pemerhatian. Hal ini bermakna, ayat-ayat tersebut harus diungkap
atau ditulis seperti yang berikut:
2. Pemerhatian yang dibuat oleh beberapa orang aktivis masyarakat menunjukkan bahawa pengabaian agama adalah punca keruntuhan.
Daripada
segi makna, kata perhatian bermaksud “keinginan atau kesukaan terhadap sesuatu,
minat ( reaksi atau layanan dan sebagainya)”. Kata pemerhatian pula bererti “perbuatan
memandang atau melihat dengan cermat” ; “perbuatan mengamati-amati, pengamatan”
; perbuatan mengambil peduli”.
Contoh bagaimana
kata yang sedang kita bincangkan ini patut digunakan dengan betul adalah
seperti yang berikut ini:
- Kelunakan suara biduaniti itu menarik perhatian beberapa orang composer terkenal tanah air.
- Setiap ibu bapa mestilah memberikan perhatian yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak mereka.
- Melalui pemerhatian guru, pelajar yang petah berpidato itu layak dipilih sebagai pemidato terbaik dalam pertandingan itu.
- Setelah beberapa lama melakukan pemerhatian dan percubaan barulah diketahui bahawa air sungai itu dicemeri oleh merkuri.
Tuesday, 8 November 2011
KOSA KATA - KATA KERJA
|
1.
menuang air kopi
2.
melipat pakaian
3.
bermain anak patung
4.
mengusap bulu kucing
5.
menggosok seluar
6.
menyiapkan kerja sekolah
7.
menyimpan buku
8.
mengecat papan luncur
9.
menyulam alas meja
10.
mengait baju sejuk
EJAAN AKAN DIADAKAN PADA 9 NOVEMBER 2011 ( RABU)
|
1.倒咖啡
2.折衣服
3.玩洋娃娃
4.抚摸猫
5.烫裤
6.做功课
7.收书
8.油漆滑板
9.刺绣桌布
10.钩织毛衣
|
Monday, 7 November 2011
Sunday, 6 November 2011
SIKAP & SAHSIAH GURU
PERANAN GURU TERHADAP
DIRI SENDIRI DAN KERJAYA
Ø
Memahami segala bidang tugas
Ø
Berpegang dan perbetulkan niat dalam menjalankan tugas
Ø
Berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
Ø
Sanggup berkorban
Ø
Motivasikan diri dan menilai kerjaya sendiri
PERANAN GURU TERHADAP
PARA PELAJAR
Ø
Mengajar melalui proses pembelajaran terancang
Ø
Membimbing cara belajar berkesan
Ø
Membimbing teknik menjawab dalam peperiksaan
Ø
Memberi analisis soalan tahun-tahun lepas dan
soalan ramalan
Ø
Menasihati dan memotivasikan semangat belajar
para pelajar
Ø
Mencipta hubungan baik dengan anak didik
Ø
Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa pelajar
Ø
Memberikan latihan sebagai latih tubi dan
menandanya.
Ø
Membentuk sahsiah dan disiplin para pelajar
Ø
Membantu menyelesaikan semua masalah peribadi
pelajar
Subscribe to:
Posts (Atom)