#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Friday, 11 November 2011

"Bena" dan "Bina"


Kata bena dan bina seakan-akan sama bentuknya, sehingga kerap juga orang mengucapkan atau menulis kedua-dua patah perkataan itu seperti dalam ayat di bawah ini:

1.       *Ani bin tak bina saja mendengar nasihat ibu. 
2.       *Beberapa orang askar membena janbatan sementara ketika banjir berlaku.
                Penggunaan kata bina dalam ayat 1 ternyata salah kerana bina bererti “membangunkan” atau “mendirikan”. Oleh itu, kata bina sesuai digunakan dalam ayat 2. Penggunaan kata bena dalam ayat 2 pula salah kerana bena bermaksud “acuh”, “peduli”, “endah”, “perhatian”. Jadi, kata bena sesuai digunakan dalam ayat 1 dengan pengertian “acuh tak acuh”. Makna kata bena yang lain ialah “ombak”, “pasang” dan “banjir”.
                Contoh lain bagaimana kedua-dua patah kata itu digunakan dengan betul adalah seperti yang berikut ini:
 A         1. Janganlah berebut tidak bena ketika menghadapi kesusahan.
             2. Tidak patut kamu bersikap tidak bena terhadap orang tuamu.
             3. Hatinya keras sekali; tidak dibenakannya amaran itu.
             4. Perlu sangat kita mengambil bena kepada kepentingan orang lain.
             5. Air bena menyebabkan beberapa perahu hanyut.
B          1. Tugas kita sekarang ialah membina suatu negara yang kukuh.
             2. Jambatan yang dibina oleh orang kampong musnah dilanda banjir.
             3. Pemuda Pembina bangsa.
             4. Pembinaan bangunan sekolah hampir selesai.
             5. Binaan ahli-ahli seni bina Islam tinggi mutunya.

                Sekarang perhatikanlah contoh-contoh lain penggunaan kata bena dan bina.

1.       Semakin lama semakin banyak lebuh raya yang dibina.
2.       Piramid dibina dengan mengorbankan entah berapa banyak    jiwa. 
3.       Jika anda bersikap tidak bena terhadap kejadian sekeliling akan jadilah anda seekor katak di bawah tempurung. 
4.       Bahan binaan selalu sahaja sukar didapat. 
5.       Sifat bena tak bena salah satu punca kegagalan dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment

back to top