#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Sunday 9 October 2011

LATIHAN NILAI MURNI- FORMAT UPSR

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

SOALAN
Selepas bangun daripada tidur, Rina membersihkan diri dengan mandi dan menggosok gigi. Kemudian , Rina akan akan mengemas katilnya tanpa bantuan ibu. Dia tidak lupa bersarapan pagi sebelum pergi ke sekolah. Dia amat mementingkan kesihatan badannya.
            Rina akan bersalam dengan ibu bapanya sebelum pergi ke sekolah. Setibanya di dalam kelas, Rina terus menyapu sampah. Dia lebih suka belajar dalam keadaan yang bersih.
            Sebagai seorang ketua darjah, Rina selalu membantu kawan - kawan yang menghadapi masalah. Selain itu, dia juga menjaga disiplin kelas jika cikgu masih belum masuk kelas. Rina selalu dipuji oleh guru – guru.

JAWAPAN :
                     Kita mesti menjaga kebersihan dengan mandi selepas bangun daripada tidur. Seterusnya, kita perlulah berdikari dengan mengemas katil tanpa bantuan ibu. kita hendaklah bersopan-santun seperti Rina bersalam dengan ibu bapanya sebelum pergi ke seklah. Akhirnya, kita perlulah baik hati dengan membantu kawan yang menghadapi masalah.


2 comments:

  1. Berdasarkan petikan,kita mestilah menjaga kebersihan diri seperti Rina yang mandi dan menggosok gigi.Seterusnya,kita haruslah berdikari seperti Rina yang mengemas katilnya tanpa bantuan ibu.Kemudian, kita wajarlah menjaga kesihatan diri seperti Rina yang tidak lupa bersarapan pagi.Selain itu, kita hendaklah menghormati ibu bapa seperti Rina yang bersalam dengan ibu bapanya.Akhirnya,kita perlulah baik hati seperti Rina yang membantu kawan-kawan yang menghadapi masalah. from Ian, SJKC PC2.

    ReplyDelete
  2. hai cikgu...saya ambil latihan nilai murni cikgu ini untuk anak murid saya ya...dan jawapan saya sama seperti dengan yang di atas....terima kasih...^_____^

    ReplyDelete

back to top