#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Saturday 8 October 2011

Pengajaran kertas 2-Bahagian C



 CARA MENJAWAB SOALAN
  • Baca dan fahami situasi.
  • Gariskan kata kunci dalam soalan.
  • Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks.
  • Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
  • Panjang jawapan tidak melebihi 40 patah perkataan.
    • Contoh Ayat : Yik Hua membaca buku sementara menunggu bas tiba.
    • Nilai murni   : menghargai masa 

Untuk mendapat markah yang cemerlang dalam bahagian C ini, anda mestilah :

  •   Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
  •   Menggunakan ayat yang lengkap dan gramatis.
  •    Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
  •    Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.
  •    Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul.
  •    Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina.
  • Anda dikehendaki untuk membina ulasan dalam satu perenggan sahaja dimulai dengan rangkai kata
  •   kita mestilah….,
  •  kita hendaklah….,
  •  kita haruslah….,
  •  kita patutlah….,
  •  kita perlulah….,
  •   Ulasan yang dibina perlulah secara berturutan.

No comments:

Post a Comment

back to top