BETUL
|
*SALAH
|
makan ayam goreng dan menghirup sup ayam
|
*makan goreng ayam dan menghirup ayam sup
|
membincangkan hal lain pada hari Isnin
|
*membincang lain hal pada lain hari
|
dengan perkataan lain
|
*dengan lain perkataan
|
menghantar sos cili dan mi segera ke Restoran Jade
|
*menghantar cili sos dan segera mi ke Jade Restoran
|
menaiki bas mini atau bas ekspres
|
*menaiki mini bas atau ekspres bas
|
bukan kali pertama mengadakan ekspo mini
|
*bukan pertama kali mengadakan mini ekspo
|
menjual laksa asam dan bubur kacang
|
*menjual asam laksa dan kacang bubur
|
Wednesday 23 November 2011
PENERAPAN HUKUM D-M
D bermaksud unsur yang diterangkan. M bermaksud unsur yang menerangkan. Dalam bahasa Melayu, unsur yang diterangkan ( D ) merupakan unsur inti atau kata utama yang harus mendahului perkara yang menerangkan ( M ). Dengan kata lain, unsur ( D ) harus hadir pada kedudukan pertama, manakala unsur ( M ) hadir pada kedudukan kedua. Susunan unsur frasa nama dalam contoh yang bergaris di bawah ini melanggar hukum D-M.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment