#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Wednesday 2 November 2011

KARANGAN - MENCERITAKAN TINDAKAN


TAJUK 5 – Loceng rehat telah berbunyi. Kamu pergi ke perpustakaan untuk bertugas. Kamu terlihat beberapa orang murid sedang mengoyak buku dan berbuat bising. Ceritakan tindakan kamu.

            Hari ini, tiba giliran aku bertugas di perpustakaan. Aku melangkah masuk dengan perlahan agar tidak mengganggu murid yang lain. Aku menuju ke kaunter untuk memeriksa buku pinjaman pelajar agar tiada buku yang hilang.

            Tiba-tiba, aku terlihat sekumpulan murid masuk. Mereka menuju ke rak buku lalu mula mencari buku. Setelah mendapat buku yang diingini, mereka duduk di bangku yang tersedia di dalam perpustakaan itu. Tidak sampai lima minit, aku terlihat beberapa orang murid dalam kumpulan itu mula mengoyak gambar yang terdapat dalam buku yang yang dibaca oleh mereka. Beberapa orang yang lain ketawa sehingga mengganggu murid lain.

            Aku berjalan menuju ke arah mereka. Aku mengambil buku yang ada di tangan mereka lalu mencatat nama kesemuanya. Aku segera mengarahkan mereka keluar dari perpustakaan itu. Mereka akur dengan arahan aku.

            Aku membawa buku dan nama murid yang aku catat kepada guru perpustakaan, Cikgu Eng. Cikgu Eng terperanjat apabila aku menceritakan peristiwa yang berlaku. Beliau meminta aku memanggil kesemua murid itu selepas loceng rehat berbunyi.


Aku segera menuruti arahan Cikgu Eng. Apabila kesemua murid telah aku panggil, Cikgu Eng menasihati mereka agar menghargai kemudahan yang disediakan. Mereka berasa kesal dan berjanji akan berubah serta menggantikan buku yang telah rosak itu.

            Mereka juga meminta maaf kepada aku kerana tidak menghormati aku yang menjadi pustakawan. Aku berasa gembira kerana telah menyedarkan kesilapan mereka.









No comments:

Post a Comment

back to top