SUDAHKAN CERITA DI BAWAH.
TAJUK 1 - Petang itu, kami
pergi ke taman permainan. ketika sedang bermain, seorang rakanku terjatuh dari
buaian. Tanpa berlengah-lengah lagi, aku pun . . . .
Petang itu, kami pergi ke taman permainan. ketika sedang
bermain, seorang rakanku terjatuh dari buaian. Tanpa berlengah-lengah lagi, aku
pun bergegas ke arahnya. Ku lihat darah mengalir di dahi dan tangannya. Dia
mengerang kesakitan akibat kecederaan itu.
Aku segera mengoyakkan bajunya untuk membalut luka
tersebut. Aku juga menasihatinya supaya bertenang sementara kami mendapatkan
rawatan doktor.
Ketika itu, sebuah kereta berhenti. Pemandunya pula
menawarkan bantuan untuk menghantarkan kami ke hospital. Aku mengucapkan terima
kasih lalu memapah rakanku ke kereta.
Kami tiba di hospital
setengah jam kemudian. Setelah mendaftar, rakanku terus dibawa ke wad
kecemasan. Sementara itu, aku ke pondok telefon untuk memberitahu keluarganya
dan meminta mereka datang ke hospital. Fikiranku mula dibayangi pelbagai
kemungkinan. Namun, aku tetap berdoa agar kawanku selamat.
Tidak lama kemudian, keluarga rakanku tiba. Mereka
bersyukur kerana anak mereka selamat. Namun begitu, rakanku terpaksa tinggal di
wad selama seminggu.
Lewat senja itu, aku pulang bersama dengan keluarganya. Mereka
mengucapkan terima kasih kepadaku. Kini, aku boleh menarik nafas lega kerana
segala-galanya telah selamat.
No comments:
Post a Comment