Selamat
sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan
rakan-rakan yang dikasihi.
Saya berasa sangat terharu dan
berterima kasih kepada para hadirin kerana memberi penghormatan kepada saya
untuk menyampaikan ucapan pada pagi yang bertuah ini. Saya berasa amat bangga kerana telah
memenangi pertandingan olahraga peringkat daerah tempoh hari. Dengan ini, saya telah dapat mengharumkan
nama sekolah. Sememangnya itulah harapan
dan impian saya selama ini.
Hadirin
yang dikasihi,
Kata orang, ‘Usaha Itu Tangga
Kejayaan’. Pepatah ini telah menjadi
pegangan hidup saya dan sebati dengan jiwa saya. Walaupun saya aktif dalam bidang sukan namun
tanggungjawab sebagai pelajar tidak pernah saya lupakan. Saya sentiasa memperuntukkan masa yang lebih
untuk belajar berbanding dengan bersukan.
Di samping itu, ingin saya maklumkan
bahawa keluarga, guru-guru dan rakan-rakan turut menyumbang kepada kejayaan saya ini. Semangat dan dorongan yang diberi amat saya
hargai. Saya berjanji akan terus
mengharumkan nama sekolah dan menabur bakti sebanyak yang mungkin khususnya
sebelum meninggalkan sekolah ini.
Oleh kerana agak panjang ucapan
saya, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.
1.
Di manakah ucapan ini mungkin disampaikan?
A.
Majlis Perpisahan akhir tahun
B.
Perayaan Hari Guru
C.
Majlis meraikan kejayaan penulis
D.
Majlis Hari Sukan
2.
Mengapakah penulis berasa terharu?
A.
Dapat berucap pada majlis itu
B.
Diraikan oleh pihak sekolah
C.
Berjaya dalam bidang sukan
D.
Impiannya menjadi kenyataan
3.
Berikut mungkin acara yang diwakili oleh penulis,
kecuali …..
A.
4 X 100 meter
B.
Lompat pagar
C.
Melempar cakera
D.
Bola Jaring
4.
Apakah janji penulis pada akhir ucapannya?
A. Akan terus berasa bangga
B.
Akan terus berbakti kepada sekolah
C. Akan menghargai semangat dan dorongan yang diberi
D. Akan terus bersukan
5.
Erti perkataan menyumbang bergaris dalam petikan
ialah ………
A.
galakan
B.
sekatan
C.
bakti
D.
dorongan
No comments:
Post a Comment