#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Saturday, 3 December 2011

IMBUHAN


Imbuhan ialah bentuk terikat atau unit tatabahasa yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai satu kata. Imbuhan perlu bergabung dengan kata lain untuk membentuk kata terbitan. Pengimbuhan boleh menyebabkan perubahan makna nahu pada kata terbitan berkenaan.

Kata Kerja Transitif Aktif

Semua kata kerja transitif aktif menerima imbuhan awalan meN- dnegan atau tanpa akhiran –kan atau –i ,kecuali kata makan dan minum . Imbuhan berkenaan bermaksud melakukan perbuatan yang tersebut pada kata dasar.



BETUL
SALAH
Beliaulah yang mengesyorkan langkah itu.
Beliau yang syorkan langkah itu.
Datuk mengunyah makanan itu.
Datuk kunyah makanan itu.
Dia gagal membidas hujah pihak lawannya.
Dia gagal bidas hujah pihak lawannya.
Pemain itu menendang bola kea rah saya.
Pemain itu tending bola kea rah saya.
Pengurus itu memasukkan dokumen ke dalam failnya.
Pengurus itu masuk dokumen ke dalam failnya.
Pelajar itu belum menjawab soalan gurunya.
Pelajar itu belum jawab soalan gurunya.




No comments:

Post a Comment

back to top