#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Tuesday, 25 October 2011

MORFOLOGI ( golongan kata )

MORFOLOGI ( golongan kata)

ì     Kata kerja

KATA KERJA TAK TRANSITIF
  • KATA KERJA YANG BOLEH BERDIRI DENGAN SENDIRI.
  • TERBAHAGI KEPADA 5 BAHAGIAN
1. KATA KERJA ASAL
MAKAN, MINUM,TIDUR

2. BERAWALAN BER-
          - BERSALAM, BERMAIN, BERBARING

3. BERAWALAN MEN-
          - MENYANYI, MENYAMPUK, MENDARAT

4. BERAWALAN TER-
          - TERMENUNG, TERSEREMPAK, TERBARING

5. BERAPITAN BER…….AN
          - BERSALAMAN, BERKELIARAN,
            BERPADANAN

PERINGATAN
  •  KELIMA-LIMA KATA KERJA DI ATAS BOLEH BERDIRI SENDIRI
  •  BOLEH MELETAK TITIK ATAU NOKTAH SELEPAS PERKATAAN TERSEBUT.
  • JIKA AYAT MAHU DIPERLUAS PERLU DITAMBAH KATA SENDI ‘SEDANG’

LATIHAN
  1. Mekanik itu sedang _______kereta itu untuk membaiki bahagian ekzos yang bocor.
                             a) menaiki
                             b) menaik
                             c) menaikan
                             d) menaikkan
JAWAPAN : D

Monday, 24 October 2011

KARANGAN (ISI TEMPAT KOSONG)

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

          Pada _______________  setiap tahun lapisan masyarakat di Negara kita akan menyambut hari paling bermakna iaitu ______________ . Hari itu disambut sebagai ______________ kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

          Pelbagai acara diadakan bagi menyambut hari itu. Antaranya ___________ kereta berhias oleh pihak kerajaan dan swasta. Kereta-kereta yang dipamerkan dihias dengan bunga-bunga supaya kelihatan menarik.

          Selain itu, kita akan dapat menyaksikan anggota tentera membuat_________ . Ada pertunjukan kapal terbang yang sungguh mendebarkan. Turut dipamerkan ialah senjata yang digunakan oleh angkatan tentera Malaysia.

          Pelajar sekolah juga turut ______________ dalam sambutan Hari Kebangsaan. Pelajar akan membuat pertunjukan pakaian kebudayaan dan persembahan pancaragam. Ramai ibu bapa yang hadir memberikan _______________.

          Pada sebelah malam pula, pelbagai pertunjukan pentas _______________. Antaranya nyanyian oleh artis terkenal. Malah diselitkan juga lawak jenaka dalam persembahan pada waktu itu.

              Sambutan ini diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang _________. Ramai pengunjung begitu terhibur menyaksikannya.

Sunday, 23 October 2011

AYAT MAJMUK

  • Ayat yang terbentuk daripada  dua atau  beberapa ayat tunggal.
  • Ayat-ayat ini digabungkan dengan kata hubung seperti atau, dan, lalu, maka dan tetapi.
CONTOH :

        1.  Adik saya pengawas.
             Kawannya pengawas.
                    Adik saya dan kawannya pengawas.     
  
         2.  Ibu di dapur?
  Ibu di ruang tamu?
                     Ibu di dapur atau di ruang tamu?

         3.  Pisau ini tajam.
              Pisau dan parang ini tajam.
              Pisau ini panjang serta tajam.
                       Pisau dan parang ini panjang serta tajam.

          4. Abang mengecat pagar.
              Abang dan ayah mengecat pagar.
              Abang mengecat pagar serta dinding.
                       Abang dan ayah mengecat pagar serta dinding.

Saturday, 22 October 2011

SINTAKSIS


Ayat Inti ( Ayat Tunggal )
  1.          Ayat yang paling sederhana  bentuknya.
  2.          Terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  3.          Ayat ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.
  •      Frasa Nama + Frasa Nama
                Adik saya  pengawas.
                Wanita itu jururawat.

  • Frasa Nama + Frasa Sendi
                Ibu di dapur.
                Hadiah ini untuk adik.


  • Frasa Nama + Frasa Adjektif
                 Pisau ini tajam.
                 Monyet itu garang.


  •   Frasa Nama + Frasa Kerja
                  Abang mengecat pagar.
                  Kanak-kanak itu berlari.               

Friday, 21 October 2011

KERTAS 2 - BAHAGIAN A (BINA AYAT)


BAHAGIAN A – PANDUAN MENJAWAB

LANGKAH 1
1.       Lihat ganbar dengan telitinya.
2.       Fikirkan 5 kata tanya ( siapa, apa, mana, mengapa, bagaimana )
·         Siapa – berkaitan dengan orang yang ada
·         Apa – berkaitan dengan aktiviti yang berlaku
·         Mana – berkaitan dengan tempat
·         Mengapa – berkaitan dengan sebab
·         Bagaimana – berkaitan dengan cara berlaku sesuatu

LANGKAH 2
Catatkan aktiviti – aktiviti atau perkara – perkara yang terdapat dalam gambar ( kata kerja ).

LANGKAH 3
Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti – aktiviti, situasi atau keadaantersebut.

LANGKAH 4
Baca semula ayat-ayat tersebut. Betulkan semua kesalahan tatabahasa, terutama dari segi penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda bacaan dan ejaan.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.

 
 
Jawapan Cadangan

  1. Sepasang suami isteri  membeli ikan di sebuah gerai ikan.
  2. Penjual ikan itu memasukkan ikan yang dibeli oleh pelanggannya ke dalam beg plastik.
  3. Seorang peniaga ikan di gerai yang lain pula sibuk menyusun ikan-ikan yang hendak dijualnya.
  4. Seorang peniaga daging  melapah daging yang tergantung di gerainya.
  5. Seorang pembantu gerai daging itu menimbang daging yang hendak dibeli oleh dua orang lelaki.
back to top