BAHAGIAN A – PANDUAN MENJAWAB
LANGKAH 1
1. Lihat
ganbar dengan telitinya.
2. Fikirkan
5 kata tanya ( siapa, apa, mana, mengapa, bagaimana )
·
Siapa – berkaitan dengan orang yang ada
·
Apa – berkaitan dengan aktiviti yang berlaku
·
Mana – berkaitan dengan tempat
·
Mengapa – berkaitan dengan sebab
·
Bagaimana – berkaitan dengan cara berlaku
sesuatu
LANGKAH 2
Catatkan aktiviti – aktiviti atau
perkara – perkara yang terdapat dalam gambar ( kata kerja ).
LANGKAH 3
Bina lima ayat yang lengkap
berdasarkan aktiviti – aktiviti, situasi atau keadaantersebut.
LANGKAH 4
Baca semula ayat-ayat tersebut. Betulkan
semua kesalahan tatabahasa, terutama dari segi penggunaan kata, struktur ayat,
penggunaan imbuhan, tanda bacaan dan ejaan.
Tulis lima ayat yang lengkap
tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.
Jawapan Cadangan
- Sepasang suami isteri membeli ikan di sebuah gerai ikan.
- Penjual ikan itu memasukkan ikan yang dibeli oleh pelanggannya ke dalam beg plastik.
- Seorang peniaga ikan di gerai yang lain pula sibuk menyusun ikan-ikan yang hendak dijualnya.
- Seorang peniaga daging melapah daging yang tergantung di gerainya.
- Seorang pembantu gerai daging itu menimbang daging yang hendak dibeli oleh dua orang lelaki.
tq
ReplyDeleteBer_aji
ReplyDelete