#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Sunday, 23 October 2011

AYAT MAJMUK

  • Ayat yang terbentuk daripada  dua atau  beberapa ayat tunggal.
  • Ayat-ayat ini digabungkan dengan kata hubung seperti atau, dan, lalu, maka dan tetapi.
CONTOH :

        1.  Adik saya pengawas.
             Kawannya pengawas.
                    Adik saya dan kawannya pengawas.     
  
         2.  Ibu di dapur?
  Ibu di ruang tamu?
                     Ibu di dapur atau di ruang tamu?

         3.  Pisau ini tajam.
              Pisau dan parang ini tajam.
              Pisau ini panjang serta tajam.
                       Pisau dan parang ini panjang serta tajam.

          4. Abang mengecat pagar.
              Abang dan ayah mengecat pagar.
              Abang mengecat pagar serta dinding.
                       Abang dan ayah mengecat pagar serta dinding.

Saturday, 22 October 2011

SINTAKSIS


Ayat Inti ( Ayat Tunggal )
  1.          Ayat yang paling sederhana  bentuknya.
  2.          Terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  3.          Ayat ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.
  •      Frasa Nama + Frasa Nama
                Adik saya  pengawas.
                Wanita itu jururawat.

  • Frasa Nama + Frasa Sendi
                Ibu di dapur.
                Hadiah ini untuk adik.


  • Frasa Nama + Frasa Adjektif
                 Pisau ini tajam.
                 Monyet itu garang.


  •   Frasa Nama + Frasa Kerja
                  Abang mengecat pagar.
                  Kanak-kanak itu berlari.               

Friday, 21 October 2011

KERTAS 2 - BAHAGIAN A (BINA AYAT)


BAHAGIAN A – PANDUAN MENJAWAB

LANGKAH 1
1.       Lihat ganbar dengan telitinya.
2.       Fikirkan 5 kata tanya ( siapa, apa, mana, mengapa, bagaimana )
·         Siapa – berkaitan dengan orang yang ada
·         Apa – berkaitan dengan aktiviti yang berlaku
·         Mana – berkaitan dengan tempat
·         Mengapa – berkaitan dengan sebab
·         Bagaimana – berkaitan dengan cara berlaku sesuatu

LANGKAH 2
Catatkan aktiviti – aktiviti atau perkara – perkara yang terdapat dalam gambar ( kata kerja ).

LANGKAH 3
Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti – aktiviti, situasi atau keadaantersebut.

LANGKAH 4
Baca semula ayat-ayat tersebut. Betulkan semua kesalahan tatabahasa, terutama dari segi penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda bacaan dan ejaan.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.

 
 
Jawapan Cadangan

  1. Sepasang suami isteri  membeli ikan di sebuah gerai ikan.
  2. Penjual ikan itu memasukkan ikan yang dibeli oleh pelanggannya ke dalam beg plastik.
  3. Seorang peniaga ikan di gerai yang lain pula sibuk menyusun ikan-ikan yang hendak dijualnya.
  4. Seorang peniaga daging  melapah daging yang tergantung di gerainya.
  5. Seorang pembantu gerai daging itu menimbang daging yang hendak dibeli oleh dua orang lelaki.
back to top