BAHAGIAN A – PANDUAN MENJAWAB
LANGKAH 1
1. Lihat
ganbar dengan telitinya.
2. Fikirkan
5 kata tanya ( siapa, apa, mana, mengapa, bagaimana )
·
Siapa – berkaitan dengan orang yang ada
·
Apa – berkaitan dengan aktiviti yang berlaku
·
Mana – berkaitan dengan tempat
·
Mengapa – berkaitan dengan sebab
·
Bagaimana – berkaitan dengan cara berlaku
sesuatu
LANGKAH 2
Catatkan aktiviti – aktiviti atau
perkara – perkara yang terdapat dalam gambar ( kata kerja ).
LANGKAH 3
Bina lima ayat yang lengkap
berdasarkan aktiviti – aktiviti, situasi atau keadaantersebut.
LANGKAH 4
Baca semula ayat-ayat tersebut. Betulkan
semua kesalahan tatabahasa, terutama dari segi penggunaan kata, struktur ayat,
penggunaan imbuhan, tanda bacaan dan ejaan.
Tulis lima ayat yang lengkap
tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.
Jawapan Cadangan
- Sepasang
suami isteri membeli ikan di
sebuah gerai ikan.
- Penjual
ikan itu memasukkan ikan yang dibeli oleh pelanggannya ke dalam
beg plastik.
- Seorang
peniaga ikan di gerai yang lain pula sibuk menyusun ikan-ikan yang
hendak dijualnya.
- Seorang
peniaga daging melapah daging
yang tergantung di gerainya.
- Seorang
pembantu gerai daging itu menimbang daging yang hendak dibeli oleh
dua orang lelaki.