Friday, 4 November 2011
Thursday, 3 November 2011
LATIHAN KESALAHAN UMUM TATABAHASA
KESALAHAN TATABAHASA DARI SEGI PENGGUNAAN
KATA.
A) Kata Ganti Diri
1.
Anjing
itu garang. Ia terpaksa dikurung. ( )
2.
Azman
budak baik. Beliau disayangi rakan-rakannya. ( )
3.
Saya tidak bersetuju dengan ia. ( )
4.
Jika
tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. ( )
5.
Mereka-mereka murid tahun enam. ( )
6.
Zali
ditangkap. Beliau pengedar dadah. ( )
7.
Kasut
ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( )
8.
Beg
kamu-kamu ini diletakkan di dalam kelas. ( )
9 “Siapkan kelengkapan berburu hamba
sekarang,” titah Sultan Mahmud. ( )
10.
Lauk
itu sudah dipanaskan ia. ( )
Wednesday, 2 November 2011
KARANGAN - MENCERITAKAN TINDAKAN
|
TAJUK 5 – Loceng rehat
telah berbunyi. Kamu pergi ke perpustakaan untuk bertugas. Kamu terlihat
beberapa orang murid sedang mengoyak buku dan berbuat bising. Ceritakan
tindakan kamu.
Hari ini, tiba giliran aku bertugas di perpustakaan. Aku
melangkah masuk dengan perlahan agar tidak mengganggu murid yang lain. Aku
menuju ke kaunter untuk memeriksa buku pinjaman pelajar agar tiada buku yang
hilang.
Tiba-tiba, aku terlihat sekumpulan murid masuk. Mereka
menuju ke rak buku lalu mula mencari buku. Setelah mendapat buku yang diingini,
mereka duduk di bangku yang tersedia di dalam perpustakaan itu. Tidak sampai lima minit, aku terlihat
beberapa orang murid dalam kumpulan itu mula mengoyak gambar yang terdapat
dalam buku yang yang dibaca oleh mereka. Beberapa orang yang lain ketawa
sehingga mengganggu murid lain.
Aku berjalan menuju ke arah mereka. Aku mengambil buku
yang ada di tangan mereka lalu mencatat nama kesemuanya. Aku segera mengarahkan
mereka keluar dari perpustakaan itu. Mereka akur dengan arahan aku.
Aku membawa buku dan nama murid yang aku catat kepada
guru perpustakaan, Cikgu Eng.
Cikgu Eng terperanjat apabila aku menceritakan peristiwa yang berlaku. Beliau
meminta aku memanggil kesemua murid itu selepas loceng rehat berbunyi.
|
||
|
Aku segera menuruti arahan
Cikgu Eng.
Apabila kesemua murid telah aku panggil, Cikgu Eng menasihati mereka agar
menghargai kemudahan yang disediakan. Mereka berasa kesal dan berjanji akan
berubah serta menggantikan buku yang telah rosak itu.
Mereka juga meminta maaf kepada aku kerana tidak
menghormati aku yang menjadi pustakawan. Aku berasa gembira kerana telah
menyedarkan kesilapan mereka.
|
||
Tuesday, 1 November 2011
KATA ADJEKTIF
- lama, lusuh, usang, tua
- Pakaiannya yang ________ dijadikan kain basah.
- Kita mesti menghormati orang ________ .
- Rumah yang ________ itu telah dirobohkan.
- Ali mendermakan baju __________nya kepada rumah orang tua.
Monday, 31 October 2011
KATA BANYAK MAKNA
KATA BANYAK MAKNA
Kaki : 脚 ·椅子脚 ·山脚 ·量词 ·尺(长度单位)
Buku : 书 ·关节 ·量词 ·
Dingin :寒冷 ·冷静 ·扫兴 ·不热情
I. Web zheng
membeli beberapa kaki joran untuk memancing.
II. Zaki memang kaki
pancing kerana dia memancing hamper setiap hari.
III. Jarak rumah
Karim dengan ruman Kim hanya beberapa kaki saja.
IV. Kaki Aiman bengkak
kerana digigit seekor lipan bara semasa dia sedang tidur.
A. I dan IV B. II dan III
C. I, III dan IV D.
II, III dan IV
I. Semua kertas kerja telah saya buku sebelum
dihantar
kepada pensyarah.
II. Ibu menyuruh
adik membeli dua buku sabun basuh.
III. Semua buku
di perpustakaan disusun dengan teratur.
IV. Abang makan dua buku
roti pada waktu pagi.
A. I dan IV B. II dan III
C. I, III dan IV D.
II, III dan IV
I.
Cuaca menjadi dingin selepas hujan petang
tadi.
II. Nasi yang
dihidang oleh ibu telah dingin kerana tidak ditutup.
III. Kami hanya
berpakaian nipis pada hari itu kerana cuaca amat dingin.
IV. Hubungan
persahabatan mereka dingin selepas kejadian tempoh hari.
A. I dan IV B. II dan III
C. I, III dan IV D.
II, III dan IV
Sunday, 30 October 2011
LATIHAN
Bahagian C
{ 20 markah
}
[ Masa
dicadangkan : 20 minit ]
Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada catatan di
bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak
melebihi 40 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.
|
6.30 pagi
|
Aku bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Setelah lengkap
berpakaian, aku bersarapan. Hari ini merupakan hari pertama aku belajar di
sekolah baharu.
|
|
6.45 pagi
|
Aku beratur menaiki bas awam. Mujur aku mendapat tempat
duduk. Seorang perempuan tua naik. Dia berdiri berdekatan dengan pintu. Aku
berdiri lalu memberikan tempat duduk kepada perempuan tua itu. Dia
mengucapkan terima kasih kepada aku.
|
|
7.00 pagi
|
Aku menjejakkan kaki ke sekolah baharu. Sementara menunggu
loceng berbunyi, aku duduk di kantin sambil membaca buku cerita . Aku
berkenalan dengan seorang murid dari tahun enam.
|
|
7.15 pagi
|
Loceng berbunyi. Aku menuju ke pejabat sekolah. Aku berjumpa
dengan kerani sekolah. Dia membawa aku berjumpa dengan guru besar. Beliau
mengucapkan selamat datang ke sekolah baharu kepada aku.
|
|
7.25 pagi
|
Seorang guru perempuan masuk ke bilik guru besar. Namanya
Cikgu Aminah. Aku memperkenalkan namaku dan bersalam dengan Cikgu Aminah.
|
|
7.40 pagi
|
Aku diperkenalkan oleh Cikgu Aminah kepada semua murid Tahun
Enam Orkid. Mereka menyambut kehadiran aku sebagai rakan sekelas yang baharu
dengan gembira. Aku tersenyum melihat murid yang aku temui di kantin berada
sekelas denganku.
|
Saturday, 29 October 2011
TEKNIK RAMALAN
Definisi:
¨ Kemampuan
menggunakan minda membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa
berdasarkan maklumat dan bukti.
Tujuan:
¨ Membuat
tindakan yang sesuai dengan perkara yang akan berlaku
¨ Membuat persediaan tertentu untuk
menghadapi peristiwa-peristiwa baru
¨ Mengelakkan
diri daripada peristiwa buruk yang diramalkan akan berlaku
¨ Mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
yang berlaku
¨ Membuat keputusan berdasarkan maklumat dan
bukti
Panduan Membuat Ramalan
¨ Kumpul
dan tapis maklumat yang sesuai bagi mengenal pasti corak atau pola awal dalam
bahan
¨ Kumpul
dan bezakan maklumat yang ada untuk mengenal pasti perkara yang sesuai diramal.
¨ Kaji
kemungkinan-kemungkinan kejadian dan pilih kejadian yang besarkemungkinan akan
berlaku
¨ Cari
bukti sebenar yangmungkin menyebabkan kejadian berlaku
¨ Tajuk
cerita/buku
¨ Kulit
buku
¨ Peristiwa
yang akan atau telah berlaku
¨ Gambar
Ramalan 1 : Siapakah dia?
Ada seorang budak pengakap bernama Amin
Pada suatu hari Amin dan rakan pengakap pergI berkhemah di tepi sebuah
hutan.....
Amin pandai
mendirikan khemah. Untuk memastikan khemahnya lebih tegap, Amin meletakkan
batu-batu di bahagian bawah khemahnya. Bagi memastikan Amin tidak
tersalah khemah, dia...( ramal )
Subscribe to:
Posts (Atom)