TAJUK 5 – Loceng rehat
telah berbunyi. Kamu pergi ke perpustakaan untuk bertugas. Kamu terlihat
beberapa orang murid sedang mengoyak buku dan berbuat bising. Ceritakan
tindakan kamu.
Hari ini, tiba giliran aku bertugas di perpustakaan. Aku
melangkah masuk dengan perlahan agar tidak mengganggu murid yang lain. Aku
menuju ke kaunter untuk memeriksa buku pinjaman pelajar agar tiada buku yang
hilang.
Tiba-tiba, aku terlihat sekumpulan murid masuk. Mereka
menuju ke rak buku lalu mula mencari buku. Setelah mendapat buku yang diingini,
mereka duduk di bangku yang tersedia di dalam perpustakaan itu. Tidak sampai lima minit, aku terlihat
beberapa orang murid dalam kumpulan itu mula mengoyak gambar yang terdapat
dalam buku yang yang dibaca oleh mereka. Beberapa orang yang lain ketawa
sehingga mengganggu murid lain.
Aku berjalan menuju ke arah mereka. Aku mengambil buku
yang ada di tangan mereka lalu mencatat nama kesemuanya. Aku segera mengarahkan
mereka keluar dari perpustakaan itu. Mereka akur dengan arahan aku.
Aku membawa buku dan nama murid yang aku catat kepada
guru perpustakaan, Cikgu Eng.
Cikgu Eng terperanjat apabila aku menceritakan peristiwa yang berlaku. Beliau
meminta aku memanggil kesemua murid itu selepas loceng rehat berbunyi.
|
||
Aku segera menuruti arahan
Cikgu Eng.
Apabila kesemua murid telah aku panggil, Cikgu Eng menasihati mereka agar
menghargai kemudahan yang disediakan. Mereka berasa kesal dan berjanji akan
berubah serta menggantikan buku yang telah rosak itu.
Mereka juga meminta maaf kepada aku kerana tidak
menghormati aku yang menjadi pustakawan. Aku berasa gembira kerana telah
menyedarkan kesilapan mereka.
|
||
Wednesday 2 November 2011
KARANGAN - MENCERITAKAN TINDAKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment