#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Friday, 25 November 2011

PENGGUNAAN KATA YANG LEWAH


Contoh binaan yang berikut menunjukkan penggunaan kata yang berlebih-lebih sehingga tertambah perkara yang tidak perlu atau berlaku ulangan makna yang sia-sia.

*SALAH
  1. mereka saling bantu-membantu
  2. Dia menjerit-jerit berkali-kali.
  3. Setiap pagi, saya bangun pada pukul enam pagi.
  4. sarapan pagi akan disediakan
  5. Ibu sedang menganyam tikar sekarang.
  6. punca penyakit itu disebabkan virus
  7. manusia pada zaman purba dahulu
  8. ingin hendak berniaga
  9. terancam pada masa sekarang ini
  10. mempersetujui permintaannya
 BETUL
  1. mereka saling membantu
  2. Dia menjerit berkali-kali.
  3. Setiap pagi, saya bangun pada pukul enam.
  4. sarapan akan disediakan
  5. Ibu sedang menganyam tikar.
  6. punca penyakit itu ialah virus
  7. manusia pada zaman purba
  8. ingin berniaga
  9. terancam pada masa sekarang
  10. menyetujui permintaannya

Thursday, 24 November 2011

PENERAPAN HUKUM M-D


Dalam bahasa Melayu, terdapat sesetengah binaan frasa yang dikecualikan daripada Hukum D-M akibat kebiasaan dalam penggunaan. bentuk yang sudah diterima umum dalam bahasa Melayu baku itu termasuklah penggunaannya pada perkara yang berikut :

 
               1.      Nama Jawatan

BETUL
*SALAH

Perdana Menteri

*Menteri Perdana
Naib Canselor

*Canselor Naib
Timbalan Pengarah

*Pengarah Timbalan

Wednesday, 23 November 2011

PENERAPAN HUKUM D-M

D bermaksud unsur yang diterangkan. M bermaksud unsur yang menerangkan. Dalam bahasa Melayu, unsur yang diterangkan ( D ) merupakan unsur inti atau kata utama yang harus mendahului perkara yang menerangkan ( M ). Dengan kata lain, unsur ( D ) harus hadir pada kedudukan pertama, manakala unsur ( M ) hadir pada kedudukan kedua. Susunan unsur frasa nama dalam contoh yang bergaris di bawah ini melanggar hukum D-M.


BETUL
*SALAH
 makan ayam goreng dan menghirup sup ayam

 *makan goreng ayam dan menghirup ayam sup
 membincangkan hal lain pada hari Isnin

 *membincang lain hal pada lain hari
 dengan perkataan lain

 *dengan lain perkataan
 menghantar sos cili dan mi segera ke Restoran Jade
 *menghantar cili sos dan segera mi ke Jade Restoran
 menaiki bas mini atau bas ekspres

 *menaiki mini bas atau ekspres bas
 bukan kali pertama mengadakan ekspo mini

 *bukan pertama kali mengadakan mini ekspo
 menjual laksa asam dan bubur kacang
 *menjual asam laksa dan kacang bubur

Tuesday, 22 November 2011

LATIHAN ULANG KAJI - TATABAHASA


Penjodoh Bilangan

1.                  Ibu ke pasar membeli beberapa ________________petai untuk dibuat sambal tumis.
A.     buah
B.     papan
C.     untai

2.                  Sarah menghadiahi Mary se _________________bunga
A.     kuntum
B.     kaki
C.     jambak

3.                  Ahmad memakai se ___________tali leher kerana dia seorang pengawas.
A.     helai
B.     untai
C.     utas
D.     keping

4.                  Kumar menyapu menggunakan se _________________penyapu baru.
A.     buah
B.     batang
C.     keping
D.     ulas

Kata Ganda

1.                  Saya dan adik __________________di kolam renang di Hotel Selesa hari Rabu yang lalu.
A.     bersenang-lenang
B.     bermandi-manda
C.     berkejar-kejaran

2.                  Pada hari raya, kawan saya Harun _______________dengan ahli keluarganya.
A.     berjumpa-jumpaan
B.     ziarah-menziarahi
C.     bersalam-salaman
D.     berdakap-dakapan

Kata Nama

  1. Ai Ling ke sekolah dengan adik _____________________nya.
    1. jantan
    2. lelaki
    3. bujang
  1. Puan Mary membuat sebiji kek menggunakan beberapa biji telur __________.
    1. lembu
    2. puyuh
    3. ayam
    4. ikan
  1. Pak Ah Senh mengelilingi Bandaraya Bersejarah Melaka dengan menaiki sebuah _____
    1. teksi
    2. basikal
    3. beca
    4. bas
  1. Raju dan Ah Chong memasuki pertandingan permainan Tradisional.  Mereka sedang giat berlatih bermain _____
    1. gasing
    2. congkak
    3. layang-layang
  1. Kumar ditahan oleh seorang ______kerana menunggang motosikal melebihi had laju.
      A. polis                                    B. askar
      C. tentera                                 D. pengawas

Kata Kerja 
  1. Cikgu Maznah sedang ______________kan kami mata pelajaran Bahasa Melayu.
    1. mengajar
    2. membaca
    3. menulis
  1. Anthony sakit.  Dia _________di hospital untuk beberapa hari.
    1. dirawat
    2. diubat
    3. diperiksa
  1. Ronald dan ayahnya ____________ikan di Sungai Tialang Tiga.
    1. menangkap
    2. menjual
    3. mengail
  1. Siti _________setem di dalam sebuah album setem.
    1. membelek
    2. mengumpul
    3. merenung
    4. mengoyak
IMBUHAN

1.                  Rahim dan Raju __________________bas di perhentian bas.
A.                 tunggu
B.                 ditunggu
C.                 tertunggu
D.                 menunggu

2.                  Sally sedang _______________langsir baru untuk menyambut Deepavali.
A.                 terpasang
B.                 memasang
C.                 pasang
D.                 dipasang

3.                  Pak Salleh sedang _________________rumahnya untuk menyambut hari raya.
A.                 mengecat
B.                 mencat
C.                 dicat
  
4.                  Kami diminta ___________sebelum menaiki bas sekolah.
A.                 beratur
B.                 diatur
C.                 mengatur

Kata Adjektif

1.                  Ahmad tidak terdaya mengambkat batu yang _____________itu.
A.                 berat
B.                 ringan
C.                 lampung
D.                 kosong

2.                  Dhorai menyambut hari lahir dengan suasana _______________
A.                 gembira
B.                 suka
C.                 meriah
D.                 gelak-ketawa

3.                  “_______sungguh suara Ameliana ketika menyanyikan sebuah lagu,” kata cikgu Maniam.
A.                 Sedap
B.                 Lemak
C.                 Merdu
D.                 Manis

4.                  Begitu ___________Kamal ketika menyampaikan pidatonya pada hari itu.
A.                 ramah
B.                 petah
C.                 lancar
D.                 kemas





back to top