|
BETUL
|
*SALAH
|
|
makan ayam goreng dan menghirup sup ayam
|
*makan goreng ayam dan menghirup ayam sup
|
|
membincangkan hal lain pada hari Isnin
|
*membincang lain hal pada lain hari
|
|
dengan perkataan lain
|
*dengan lain perkataan
|
|
menghantar sos cili dan mi segera ke Restoran Jade
|
*menghantar cili sos dan segera mi ke Jade Restoran
|
|
menaiki bas mini atau bas ekspres
|
*menaiki mini bas atau ekspres bas
|
|
bukan kali pertama mengadakan ekspo mini
|
*bukan pertama kali mengadakan mini ekspo
|
|
menjual laksa asam dan bubur kacang
|
*menjual asam laksa dan kacang bubur
|
Wednesday, 23 November 2011
PENERAPAN HUKUM D-M
D bermaksud unsur yang diterangkan. M bermaksud unsur yang menerangkan. Dalam bahasa Melayu, unsur yang diterangkan ( D ) merupakan unsur inti atau kata utama yang harus mendahului perkara yang menerangkan ( M ). Dengan kata lain, unsur ( D ) harus hadir pada kedudukan pertama, manakala unsur ( M ) hadir pada kedudukan kedua. Susunan unsur frasa nama dalam contoh yang bergaris di bawah ini melanggar hukum D-M.
Tuesday, 22 November 2011
LATIHAN ULANG KAJI - TATABAHASA
Penjodoh Bilangan
1.
Ibu ke pasar membeli beberapa ________________petai
untuk dibuat sambal tumis.
A. buah
B. papan
C. untai
2.
Sarah
menghadiahi Mary se _________________bunga
A. kuntum
B. kaki
C. jambak
3.
Ahmad
memakai se ___________tali leher kerana dia seorang pengawas.
A. helai
B. untai
C. utas
D. keping
4.
Kumar
menyapu menggunakan se _________________penyapu baru.
A. buah
B. batang
C. keping
D. ulas
1.
Saya
dan adik __________________di kolam renang di Hotel Selesa hari Rabu yang lalu.
A. bersenang-lenang
B. bermandi-manda
C. berkejar-kejaran
2.
Pada hari
raya, kawan saya Harun _______________dengan ahli keluarganya.
A. berjumpa-jumpaan
B. ziarah-menziarahi
C. bersalam-salaman
D. berdakap-dakapan
- Ai Ling ke sekolah dengan adik _____________________nya.
- jantan
- lelaki
- bujang
- Puan Mary membuat sebiji kek menggunakan beberapa biji telur __________.
- lembu
- puyuh
- ayam
- ikan
- Pak Ah Senh mengelilingi Bandaraya Bersejarah Melaka dengan menaiki sebuah _____
- teksi
- basikal
- beca
- bas
- Raju dan Ah Chong memasuki pertandingan permainan Tradisional. Mereka sedang giat berlatih bermain _____
- gasing
- congkak
- layang-layang
- Kumar ditahan oleh seorang ______kerana menunggang motosikal melebihi had laju.
A. polis B. askar
C. tentera D. pengawas
Kata Kerja
- Cikgu Maznah sedang ______________kan kami mata pelajaran Bahasa Melayu.
- mengajar
- membaca
- menulis
- Anthony sakit. Dia _________di hospital untuk beberapa hari.
- dirawat
- diubat
- diperiksa
- Ronald dan ayahnya ____________ikan di Sungai Tialang Tiga.
- menangkap
- menjual
- mengail
- Siti _________setem di dalam sebuah album setem.
- membelek
- mengumpul
- merenung
- mengoyak
IMBUHAN
1.
Rahim
dan Raju __________________bas di perhentian bas.
A.
tunggu
B.
ditunggu
C.
tertunggu
D.
menunggu
2.
Sally sedang _______________langsir baru untuk
menyambut Deepavali.
A.
terpasang
B.
memasang
C.
pasang
D.
dipasang
3.
Pak
Salleh sedang _________________rumahnya untuk menyambut hari raya.
A.
mengecat
B.
mencat
C.
dicat
4.
Kami
diminta ___________sebelum menaiki bas sekolah.
A.
beratur
B.
diatur
C.
mengatur
Kata Adjektif
1.
Ahmad
tidak terdaya mengambkat batu yang _____________itu.
A.
berat
B.
ringan
C.
lampung
D.
kosong
2.
Dhorai
menyambut hari lahir dengan suasana _______________
A.
gembira
B.
suka
C.
meriah
D.
gelak-ketawa
3.
“_______sungguh
suara Ameliana ketika menyanyikan sebuah lagu,” kata cikgu Maniam.
A.
Sedap
B.
Lemak
C.
Merdu
D.
Manis
4.
Begitu
___________Kamal ketika menyampaikan pidatonya pada hari itu.
A.
ramah
B.
petah
C.
lancar
D.
kemas
Monday, 21 November 2011
SOALAN PEMAHAMAN
Selamat
sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan
rakan-rakan yang dikasihi.
Saya berasa sangat terharu dan
berterima kasih kepada para hadirin kerana memberi penghormatan kepada saya
untuk menyampaikan ucapan pada pagi yang bertuah ini. Saya berasa amat bangga kerana telah
memenangi pertandingan olahraga peringkat daerah tempoh hari. Dengan ini, saya telah dapat mengharumkan
nama sekolah. Sememangnya itulah harapan
dan impian saya selama ini.
Hadirin
yang dikasihi,
Kata orang, ‘Usaha Itu Tangga
Kejayaan’. Pepatah ini telah menjadi
pegangan hidup saya dan sebati dengan jiwa saya. Walaupun saya aktif dalam bidang sukan namun
tanggungjawab sebagai pelajar tidak pernah saya lupakan. Saya sentiasa memperuntukkan masa yang lebih
untuk belajar berbanding dengan bersukan.
Di samping itu, ingin saya maklumkan
bahawa keluarga, guru-guru dan rakan-rakan turut menyumbang kepada kejayaan saya ini. Semangat dan dorongan yang diberi amat saya
hargai. Saya berjanji akan terus
mengharumkan nama sekolah dan menabur bakti sebanyak yang mungkin khususnya
sebelum meninggalkan sekolah ini.
Oleh kerana agak panjang ucapan
saya, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.
1.
Di manakah ucapan ini mungkin disampaikan?
A.
Majlis Perpisahan akhir tahun
B.
Perayaan Hari Guru
C.
Majlis meraikan kejayaan penulis
D.
Majlis Hari Sukan
2.
Mengapakah penulis berasa terharu?
A.
Dapat berucap pada majlis itu
B.
Diraikan oleh pihak sekolah
C.
Berjaya dalam bidang sukan
D.
Impiannya menjadi kenyataan
3.
Berikut mungkin acara yang diwakili oleh penulis,
kecuali …..
A.
4 X 100 meter
B.
Lompat pagar
C.
Melempar cakera
D.
Bola Jaring
4.
Apakah janji penulis pada akhir ucapannya?
A. Akan terus berasa bangga
B.
Akan terus berbakti kepada sekolah
C. Akan menghargai semangat dan dorongan yang diberi
D. Akan terus bersukan
5.
Erti perkataan menyumbang bergaris dalam petikan
ialah ………
A.
galakan
B.
sekatan
C.
bakti
D.
dorongan
Sunday, 20 November 2011
LATIHAN - MEMBINA ULASAN ( AMALAN BAIK )
Tulis empat amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada
petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Jason bangun pada pukul 6.00 pagi. Selesai mandi, Jason mengemaskan
bilik tidurnya. Selepas itu, Jason akan ke meja makan untuk bersarapan
bersama-sama ayah dan kakaknya. Sebelum ke sekolah, dia mencium tangan ibu dan
ayahnya. Jason juga membawa bekal yang disediakan oleh ibunya. Jason dan
kakaknya berjalan kaki ke sekolah. Jason memendang ke kanan dan ke kiri jalan
sebelum melintas. Sekiranya sampai awal di sekolah, dia membaca buku di kantin.
Saturday, 19 November 2011
LATIHAN - ULASAN
Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada
petikan di bawah. Panjang jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 40 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Peperiksaan pertengahan tahun hampir menjelang. Kelvin masih
malas untuk mengulang kaji pelajarannya. Dia asyik bermain dengan
kawan-kawannya. Dia langsung tidak mempedulikan nasihat ayah dan ibunya.
Pada
hari peperiksaan, semua murid menjawab soalan peperiksaan dengan tenang di
dalam kelas. Kelvin tidak dapat menjawab soalan peperiksaan itu dengan baik.
Kelvin berasa susah hati. Dia takut akan dimarahi oleh ayahnya.
Apabila
keputusan peperiksaan diumumkan, Kelvin gagal memperoleh keputusan yang baik.
Kelvin berasa sungguh menyesal dan berazam akan belajar dengan
bersungguh-sungguh.
Subscribe to:
Posts (Atom)