#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Saturday, 19 November 2011

LATIHAN - ULASAN


Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

            Peperiksaan pertengahan tahun hampir menjelang. Kelvin masih malas untuk mengulang kaji pelajarannya. Dia asyik bermain dengan kawan-kawannya. Dia langsung tidak mempedulikan nasihat ayah dan ibunya.
            Pada hari peperiksaan, semua murid menjawab soalan peperiksaan dengan tenang di dalam kelas. Kelvin tidak dapat menjawab soalan peperiksaan itu dengan baik. Kelvin berasa susah hati. Dia takut akan dimarahi oleh ayahnya.
           Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Kelvin gagal memperoleh keputusan yang baik. Kelvin berasa sungguh menyesal dan berazam akan belajar dengan bersungguh-sungguh.
               

Thursday, 17 November 2011

SOALAN PENULISAN - BAHAGIAN C ( MEMBINA ULASAN )

                        Pada tengah hari itu, Yik Han 1.)membaca buku cerita sementara menunggu bas tiba. Tiba-tiba bahunya dicuit oleh seorang wanita tua. Wanita tua itu ingin meminjam duit Yik Han untuk tambang bas. Yik Han 2.)memberikan RM3.00 baki duitnya membeli buku di pesta buku tadi kepada wanita tua itu. Wanita tua itu 3.)mengucapkan terima kasih kepada Yik Han. Tidak lama kemudian, bas yang ditunggu oleh Yik Han pun tiba. Dia 4.)beratur sebelum menaiki bas tu. Dia 5.)memberi peluang kepada wanita tua itu menaiki bas tersebut dahulu.

Nilai Murni
Huraian
menghargai masa
membaca buku sementara menunggu bas.
murah hati
Yik Han yang memberi duit kepada wanita tua.
Menghargai bantuan
mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu.
berdisiplin
beratur sebelum menaiki bas.
bertimbang rasa
memberi peluang kepada wanita tua menaiki bas dahulu.

Contoh ulasan yang dibina :
                        Kita mestilah menghargai masa dengan membaca buku sementara menunggu bas. Kita hendaklah bermurah hati seperti Yik Han yang memberi duit kepada wanita tua. Kita haruslah menghargai bantuan dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu. Kita patutlah berdisiplin dengan beratur sebelum menaiki bas. Kita perlulah bertimbang rasa dengan memberi peluang kepada wanita tua menaiki bas dahulu.

Wednesday, 16 November 2011

KOSA KATA - AKTIVITI DI PEJABAT POS


1. mengepos bungkusan
2. membeli setem
3. memasukkan surat
4. membayar bil air
5. menampal setem
6. menulis alamat
7. sabar menunggu giliran
8. melayan pelanggan
9. mengisi borang
10. mengecap
1.寄邮包
2.买邮票
3.把信放进邮箱
4.还水费
5.贴邮票
6.写地址
7.耐心地等待
8.招待顾客
9.填写表格
10.盖印

Tuesday, 15 November 2011

LATIHAN MEMBINA AYAT

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah.







Teknik 5W1H dicadangkan untuk membina ayat.


5W1H
MAKLUMAT
WHO
Ali / ayah / emak / adik /
Aminah / pekerja
WHAT
Bermain / membuang /
mendukung /
memangkas / meluncur
WHEN
Pada waktu petang
WHERE
Di taman permainan
WHY
Supaya kelihatan bersih /
mengeratklan
hubungan kekeluarga
WOW
Menggunakan gunting
back to top