#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Thursday, 13 October 2011

PENGAJARAN KARANGAN ( FAKTA )

Soalan : Tulis satu karangan yang bertajuk “Kebaikan Menyertai Kegiatan Kokurikulum”
Pendahuluan
   setiap sekolah diwujudkan aktiviti kokurikulum – contohnya pengakap, pandu puteri, dan lain-lain
Isi Penting
* dapat mengisi masa lapang  dengan kegiatan yang berfaedah
    – tidak terjebak dalam gejala sosial
  * dapat pengetahuan baru yang tidak diperoleh di dalam bilik darjah
   – pertolongan cemas,  berkhemah, pertahanan diri,  dan lain-lain
* melatih murid-murid supaya sentiasa mematuhi  peraturan dan berdisiplin –
    mampu memikul amanah  dan tanggungjawab
* mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan
    – melatih diri menjadi pemimpin
    – tidak mementingkan diri sendiri
Penutup
aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah – pendedahan awal kepada setiap pelajar amat penting


Wednesday, 12 October 2011

PELUASAN AYAT

           
1. Adik saya pengawas.

2. Adik bongsu saya pengawas.

3. Adik saya pengawas di sekolah.

4. Adik bongsu saya pengawas di sekolah.



1. Ibu di dapur.

2. Ibu Aminah di dapur.

3. Ibu di dapur bersendirian.

4. Ibu Aminah di dapur bersendirian.



1. Pisau ini tajam.

2. Pisau pemotong daging ini tajam.

3. Pisau ini tajam benar.

4. Pisau pemotong daging ini tajam  benar.



                                                                              


Monday, 10 October 2011

LATIHAN MENCARI NILAI MURNI

Baca ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tuliskan nilai murni yang sesuai bagi ayat tersebut. 

1.               Selvi bercakap lembut dengan bapanya.      
(                                               )

2.              Chong Beng membaca majalah sementara menunggu kedatangan ibunya.
(                                               )

3.              Aman memulangkan cincin yang dijumpai kepada guru disiplin.
(                                                )

4.              Mui menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru.
(                                                )

5.              Kakak memotong sayur dengan berhati-hati.
(                                                )
JAWAPAN
1. bersopan-santun  2. menghargai masa  3. jujur        
4. bertanggungjawab  5. menjaga keselamatan



Sunday, 9 October 2011

LATIHAN NILAI MURNI- FORMAT UPSR

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

SOALAN
Selepas bangun daripada tidur, Rina membersihkan diri dengan mandi dan menggosok gigi. Kemudian , Rina akan akan mengemas katilnya tanpa bantuan ibu. Dia tidak lupa bersarapan pagi sebelum pergi ke sekolah. Dia amat mementingkan kesihatan badannya.
            Rina akan bersalam dengan ibu bapanya sebelum pergi ke sekolah. Setibanya di dalam kelas, Rina terus menyapu sampah. Dia lebih suka belajar dalam keadaan yang bersih.
            Sebagai seorang ketua darjah, Rina selalu membantu kawan - kawan yang menghadapi masalah. Selain itu, dia juga menjaga disiplin kelas jika cikgu masih belum masuk kelas. Rina selalu dipuji oleh guru – guru.

JAWAPAN :
                     Kita mesti menjaga kebersihan dengan mandi selepas bangun daripada tidur. Seterusnya, kita perlulah berdikari dengan mengemas katil tanpa bantuan ibu. kita hendaklah bersopan-santun seperti Rina bersalam dengan ibu bapanya sebelum pergi ke seklah. Akhirnya, kita perlulah baik hati dengan membantu kawan yang menghadapi masalah.


Saturday, 8 October 2011

Pengajaran kertas 2-Bahagian C



 CARA MENJAWAB SOALAN
  • Baca dan fahami situasi.
  • Gariskan kata kunci dalam soalan.
  • Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks.
  • Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
  • Panjang jawapan tidak melebihi 40 patah perkataan.
    • Contoh Ayat : Yik Hua membaca buku sementara menunggu bas tiba.
    • Nilai murni   : menghargai masa 

Untuk mendapat markah yang cemerlang dalam bahagian C ini, anda mestilah :

  •   Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
  •   Menggunakan ayat yang lengkap dan gramatis.
  •    Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
  •    Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.
  •    Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul.
  •    Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina.
  • Anda dikehendaki untuk membina ulasan dalam satu perenggan sahaja dimulai dengan rangkai kata
  •   kita mestilah….,
  •  kita hendaklah….,
  •  kita haruslah….,
  •  kita patutlah….,
  •  kita perlulah….,
  •   Ulasan yang dibina perlulah secara berturutan.

Friday, 7 October 2011

NILAI MURNI / PENGAJARAN / AMALAN BAIK BM-BC ( 4 )

39. semangat bermasyarakat 社会意识
40. semangat nasional 爱国精神
41. semangat kejiranan 睦邻精神
42. semangat patriotisme 爱国精神
43. semangat muhibah  和谐
44. hormat-menghormati 互相尊敬
45. prihatin 关心
46. cermat 小心
47. bertindak pantas 反应快
48. taat setia 服从
49. setia kawan 忠于朋友
50. cekal 决心
51. tabah 坚强
52. bermuafakat 同意
53. penyayang 爱心
54. saksama 公正
55. berhati mulia 崇高品德
56. tidak sombong 不骄傲
back to top