#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Wednesday, 30 November 2011

PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN (2)

                    sebiji pisang


    sesikat/sisir pisang

                     setandan pisang

Tuesday, 29 November 2011

PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN

 
 ULAS             


 BIJI 





PANGSA




LONGGOK





Monday, 28 November 2011

BAHAGIAN C


[ Masa yang dicadangkan : 20 minit ]
[ 20 markah ]

Tulis lima pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
 

     Rosnah tiba di rumahnya. Dia memberi salam kepada ibunya. Selepas itu , dia menyimpan kasut dan stokingnya dalam rak kasut. Rosnah menukar pakaian dan membersihkan dirinya. Aminah menyimpan duit syiling ke dalam tabung yang dihadiahkan oleh ayahnya. Kemudian, dia ke dapur untuk makan tengah hari . Dia memanggil adik-adiknya untuk makan tengah hari bersama-sama. Ibunya memasak asam pedas kegemarannya.
     Selepas makan , Rosnah selalu membasuh pinggan mangkuk dan membersihkan meja. Aminah ke ruang tamu lalu membaca surat khabar. Setengah jam kemudian , dia mengulang kaji pelajaran. Dia turut membantu adik-adiknya belajar. Dia mahu berjaya dalam pelajaran. Ibu bapanya pasti akan  berasa bangga dengan pencapaiannya.



Saturday, 26 November 2011

KOSA KATA - KEADAAN BANJIR

Ejaan 24

1. menyelamatkan mangsa
2. meminta tolong
3. menaiki bot penyelamat
4. menenggelamkan rumah
5. memindahkan barang
6. duduk di atas bumbung
7. menangis ketakutan
8. bangkai binatang terapung
9. pokok tumbang
10. hujan lebat
1.救灾民
2.求救
3.搭拯救灾民的汽艇
4.淹没屋子
5.搬东西
6.做在屋顶上
7.因害怕而哭
8动物的尸体浮在水面上
9.树倒下
10.下大雨

Friday, 25 November 2011

PENGGUNAAN KATA YANG LEWAH


Contoh binaan yang berikut menunjukkan penggunaan kata yang berlebih-lebih sehingga tertambah perkara yang tidak perlu atau berlaku ulangan makna yang sia-sia.

*SALAH
  1. mereka saling bantu-membantu
  2. Dia menjerit-jerit berkali-kali.
  3. Setiap pagi, saya bangun pada pukul enam pagi.
  4. sarapan pagi akan disediakan
  5. Ibu sedang menganyam tikar sekarang.
  6. punca penyakit itu disebabkan virus
  7. manusia pada zaman purba dahulu
  8. ingin hendak berniaga
  9. terancam pada masa sekarang ini
  10. mempersetujui permintaannya
 BETUL
  1. mereka saling membantu
  2. Dia menjerit berkali-kali.
  3. Setiap pagi, saya bangun pada pukul enam.
  4. sarapan akan disediakan
  5. Ibu sedang menganyam tikar.
  6. punca penyakit itu ialah virus
  7. manusia pada zaman purba
  8. ingin berniaga
  9. terancam pada masa sekarang
  10. menyetujui permintaannya

Thursday, 24 November 2011

PENERAPAN HUKUM M-D


Dalam bahasa Melayu, terdapat sesetengah binaan frasa yang dikecualikan daripada Hukum D-M akibat kebiasaan dalam penggunaan. bentuk yang sudah diterima umum dalam bahasa Melayu baku itu termasuklah penggunaannya pada perkara yang berikut :

 
               1.      Nama Jawatan

BETUL
*SALAH

Perdana Menteri

*Menteri Perdana
Naib Canselor

*Canselor Naib
Timbalan Pengarah

*Pengarah Timbalan
back to top