Wednesday, 30 November 2011
PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN (2)
Tuesday, 29 November 2011
Monday, 28 November 2011
BAHAGIAN C
[ Masa yang dicadangkan : 20 minit ]
[ 20 markah ]
Tulis
lima
pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih
daripada 50 patah perkataan.
Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.
|
Rosnah
tiba di rumahnya. Dia memberi salam kepada ibunya. Selepas itu , dia
menyimpan kasut dan stokingnya dalam rak kasut. Rosnah menukar pakaian dan
membersihkan dirinya. Aminah menyimpan duit syiling ke dalam tabung yang
dihadiahkan oleh ayahnya. Kemudian, dia ke dapur untuk makan tengah hari .
Dia memanggil adik-adiknya untuk makan tengah hari bersama-sama. Ibunya
memasak asam pedas kegemarannya.
Selepas makan ,
Rosnah selalu membasuh pinggan mangkuk dan membersihkan meja. Aminah ke ruang
tamu lalu membaca surat
khabar. Setengah jam kemudian , dia mengulang kaji pelajaran. Dia turut
membantu adik-adiknya belajar. Dia mahu berjaya dalam pelajaran. Ibu bapanya
pasti akan berasa bangga dengan
pencapaiannya.
|
Saturday, 26 November 2011
KOSA KATA - KEADAAN BANJIR
Ejaan 24
1.
menyelamatkan mangsa
2.
meminta tolong
3.
menaiki bot penyelamat
4.
menenggelamkan rumah
5.
memindahkan barang
6.
duduk di atas bumbung
7.
menangis ketakutan
8.
bangkai binatang terapung
9.
pokok tumbang
10.
hujan lebat
|
1.救灾民
2.求救
3.搭拯救灾民的汽艇
4.淹没屋子
5.搬东西
6.做在屋顶上
7.因害怕而哭
8.动物的尸体浮在水面上
9.树倒下
10.下大雨
|
Friday, 25 November 2011
PENGGUNAAN KATA YANG LEWAH
Contoh binaan yang berikut menunjukkan penggunaan kata yang
berlebih-lebih sehingga tertambah perkara yang tidak perlu atau berlaku ulangan
makna yang sia-sia.
*SALAH
- mereka saling bantu-membantu
- Dia menjerit-jerit berkali-kali.
- Setiap pagi, saya bangun pada pukul enam pagi.
- sarapan pagi akan disediakan
- Ibu sedang menganyam tikar sekarang.
- punca penyakit itu disebabkan virus
- manusia pada zaman purba dahulu
- ingin hendak berniaga
- terancam pada masa sekarang ini
- mempersetujui permintaannya
- mereka saling membantu
- Dia menjerit berkali-kali.
- Setiap pagi, saya bangun pada pukul enam.
- sarapan akan disediakan
- Ibu sedang menganyam tikar.
- punca penyakit itu ialah virus
- manusia pada zaman purba
- ingin berniaga
- terancam pada masa sekarang
- menyetujui permintaannya
Thursday, 24 November 2011
PENERAPAN HUKUM M-D
Dalam bahasa Melayu, terdapat sesetengah binaan frasa yang dikecualikan daripada Hukum D-M akibat kebiasaan dalam penggunaan. bentuk yang sudah diterima umum dalam bahasa Melayu baku itu termasuklah penggunaannya pada perkara yang berikut :
1.
Nama Jawatan
|
BETUL
|
*SALAH
|
|
Perdana Menteri
|
*Menteri Perdana
|
|
Naib Canselor
|
*Canselor Naib
|
|
Timbalan Pengarah
|
*Pengarah Timbalan
|
Wednesday, 23 November 2011
PENERAPAN HUKUM D-M
D bermaksud unsur yang diterangkan. M bermaksud unsur yang menerangkan. Dalam bahasa Melayu, unsur yang diterangkan ( D ) merupakan unsur inti atau kata utama yang harus mendahului perkara yang menerangkan ( M ). Dengan kata lain, unsur ( D ) harus hadir pada kedudukan pertama, manakala unsur ( M ) hadir pada kedudukan kedua. Susunan unsur frasa nama dalam contoh yang bergaris di bawah ini melanggar hukum D-M.
|
BETUL
|
*SALAH
|
|
makan ayam goreng dan menghirup sup ayam
|
*makan goreng ayam dan menghirup ayam sup
|
|
membincangkan hal lain pada hari Isnin
|
*membincang lain hal pada lain hari
|
|
dengan perkataan lain
|
*dengan lain perkataan
|
|
menghantar sos cili dan mi segera ke Restoran Jade
|
*menghantar cili sos dan segera mi ke Jade Restoran
|
|
menaiki bas mini atau bas ekspres
|
*menaiki mini bas atau ekspres bas
|
|
bukan kali pertama mengadakan ekspo mini
|
*bukan pertama kali mengadakan mini ekspo
|
|
menjual laksa asam dan bubur kacang
|
*menjual asam laksa dan kacang bubur
|
Subscribe to:
Posts (Atom)