#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Monday, 14 November 2011

PENGGUNAAN KATA NAFI

 
Kata nafi berfungsi untuk menidakkan sesuatu kenyataan.
             Kata Naïf bukan                
             Kata naïf bukan digunakan sebagai unsur naïf bagi frasa nama.
Betul
*Salah
Itu bukan kad pintar saya.
*Itu tidak kad pintar saya.
Gadis itu bukan pelakon popular.
*Gadis itu tidak pelakon popular.

             Kata naïf bukan digunakan sebagai unsure naïf bagi frasa sendi nama.
Betul
*Salah
Hadiah itu bukan untuknya.
*Hadiah itu tidak untuk saya.
Nasihat itu bukan daripada ibu.
*Nasihat itu tidak daripada ibu.

               Kata Nafi tidak
             Kata naïf tidak digunakan sebagai unsure naïf bagi frasa kerja.
Betul
*Salah
Sai yong tidak pergi ke pejabat.
Sai yong bukan pergi ke pejabat.
Kami tidak melawat Kampung Budaya
Kami bukan melawat Kampung Budaya

               Kata naïf tidak digunakan sebagai unsure naïf bagi frasa adjektif.
Betul
*Salah
Anjing itu tidak liar.
Anjing itu bukan liar.
Dakwaan pekerja itu tidak benar langsung.
Dakwaan pekerja itu bukan benar langsung.

Kata naïf bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika frasa berkenaan              membawa maksud pertentangan maklumat.
CONTOH:
                      i.        Pekerja itu bukan mahu dipuji, tetapi dia mahu gaji yang lebih tinggi.
                     ii.        Pelajar itu bukan pintar sangat, Cuma dia rajin belajar.
                    iii.        Emak bukannya marah, dia kecewa sahaja.

Saturday, 12 November 2011

KOSA KATA - PEKERJAAN dan TUGASANNYA

1. buruh membancuh simen
2. nelayan menebar jala
3. polis menangkap pencuri
4. askar menjaga keselamatan
5. doktor merawat pesakit
6. guru mengajar murid
7. arkitek melukis pelan
8. mekanik membaiki kereta
9. penternak membela ayam
10. posmen menghantar surat
1劳工参混凝土

2.渔夫撒网
3.警察捉小偷

4.兵士保卫安全
5.医生医治病人
6.教师教导学生
7.绘测师画平面图
8.技术员修理汽车

9.鸡农养鸡

10.邮差送信

Friday, 11 November 2011

"Bena" dan "Bina"


Kata bena dan bina seakan-akan sama bentuknya, sehingga kerap juga orang mengucapkan atau menulis kedua-dua patah perkataan itu seperti dalam ayat di bawah ini:

1.       *Ani bin tak bina saja mendengar nasihat ibu. 
2.       *Beberapa orang askar membena janbatan sementara ketika banjir berlaku.
                Penggunaan kata bina dalam ayat 1 ternyata salah kerana bina bererti “membangunkan” atau “mendirikan”. Oleh itu, kata bina sesuai digunakan dalam ayat 2. Penggunaan kata bena dalam ayat 2 pula salah kerana bena bermaksud “acuh”, “peduli”, “endah”, “perhatian”. Jadi, kata bena sesuai digunakan dalam ayat 1 dengan pengertian “acuh tak acuh”. Makna kata bena yang lain ialah “ombak”, “pasang” dan “banjir”.
                Contoh lain bagaimana kedua-dua patah kata itu digunakan dengan betul adalah seperti yang berikut ini:
 A         1. Janganlah berebut tidak bena ketika menghadapi kesusahan.
             2. Tidak patut kamu bersikap tidak bena terhadap orang tuamu.
             3. Hatinya keras sekali; tidak dibenakannya amaran itu.
             4. Perlu sangat kita mengambil bena kepada kepentingan orang lain.
             5. Air bena menyebabkan beberapa perahu hanyut.
B          1. Tugas kita sekarang ialah membina suatu negara yang kukuh.
             2. Jambatan yang dibina oleh orang kampong musnah dilanda banjir.
             3. Pemuda Pembina bangsa.
             4. Pembinaan bangunan sekolah hampir selesai.
             5. Binaan ahli-ahli seni bina Islam tinggi mutunya.

                Sekarang perhatikanlah contoh-contoh lain penggunaan kata bena dan bina.

1.       Semakin lama semakin banyak lebuh raya yang dibina.
2.       Piramid dibina dengan mengorbankan entah berapa banyak    jiwa. 
3.       Jika anda bersikap tidak bena terhadap kejadian sekeliling akan jadilah anda seekor katak di bawah tempurung. 
4.       Bahan binaan selalu sahaja sukar didapat. 
5.       Sifat bena tak bena salah satu punca kegagalan dalam kehidupan.

Thursday, 10 November 2011

SOALAN PEMAHAMAN

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

     Pernahkah adik-adik melihat gerhana matahari? Tahukah adik-adik bagaimanakah gerhana matahari terjadi? Buat pengetahuan adik-adik, gerhana matahari berlaku disebabkan oleh gerakan bulan mengelilingi bumi. Kedudukan bulan serta bumi pula berubah-ubah dalam orbitnya. 
     Fenomena gerhana matahari berlaku pada waktu siang, iaitu ketika bulan berada antara bumi dengan matahari. Keadaan ini menyebabkan sebahagian cahaya matahari ke permukaan bumi terhalang oleh bulan. 
    Sepanjang tempoh berlakunya gerhana matahari ini, bulan akan membentuk dua bayang-bayang terhadap bumi, iaitu bayang umbra dan bayang penumbra. Bayang umbra yang penuh dan gelap hanya akan mencapai sebahagian kecil ke permukaan bumi, manakala bayang penumbra separa dan malap. Namun, masih ada sedikit cahaya akan sampai ke bumi lebih besar berbanding dengan umbra. Hal yang demikian ini menyebabkan langit akan menjadi gelap secara perlahan-lahan.
    Buat pengetahuan adik-adik, gerhana matahari berlaku dalam dua keadaan, iaitu gerhana penuh dan gerhana separa. Gerhana penuh terjadi ketika bulan melindungi seluruh matahari. Gerhana separa pula terjadi ketika bulan hanya menutupi sebahagian matahari. Gerhana matahari penuh jarang-jarang berlaku. Kemungkinan adik-adik dapat menyaksikan gerhana ini sekali dalam seumur hidup
     Sekiranya adik-adik ingin melihat gerhana matahari, jangan sekali-kali melihat dengan mata yang terdedah. Lihatlah dengan menggunakan medium-medium lain seperti cermin mata hitam, teleskop, televisyen, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana sinaran cahaya matahari dapat merosakkan retina mata yang akhirnya mata akan menjadi buta.

 1  Gerhana matahari berlaku…
A disebabkan oleh gerakan bulan mengelilingi bumi.
B apabila kedudukan bumi berubah-ubah dalam orbitnya.
C ketika bulan berada dekat dengan matahari pada waktu siang.
D apabila cahaya matahari ke permukaan bumi terhalang oleh bulan.

2  Bagaimanakah gerhana penuh terjadi?
A ketika bayang umbra menutupi sebahagian kecil permukaan bumi.
B ketika langit menjadi gelap secara perlahan-lahan.
C ketika bulan melindungi seluruh matahari.
D ketika bulan menutupi sebahagian daripada matahari.

3 Frasa kata seumur hidup dalam petikan bermaksud…
A hidup sekali.
B hidup sekali umur.
C sepanjang umur yang hidup.
D sepanjang hayat.

4  Perkara apakah yang ditegah ketika melihat gerhana matahari?
A menonton melalui kaca televisyen
B memakai cermin mata hitam
C melihat dengan mata terdedah
D menggunakan teleskop

5 Penyataan yang berikut adalah benar tentang petikan, kecuali
A gerhana matahari berlaku pada waktu siang, iaitu ketika bulan berada antara bumi dengan matahari.
B bayang penumbra ialah bayang yang separa dan malap.
C gerhana matahari penuh berlaku setiap lima tahun sekali.
D langit akan menjadi gelap ketika berlaku gerhana matahari.

Wednesday, 9 November 2011

"Perhatian" dan "Pemerhatian"



                Pengguna bahasa Melayu bukan sahaja terkeliru dalam penggunaan kata terbitan yang tergolong sebagai kata kerja tetapi juga kata terbitan yang tergolong sebagai kata nama. Kekeliruan dalam penggunaan kata perhatian dan pemerhatian yang tergolong segbagai kata nama adalah antara contoh yang pernah saya temukan, khususnya dalam media cetek dan media elektronik. Barangkali anda pernah membaca ayat yang sedemikian:

1.       *Walaupun dibebaskan oleh pihak mahkamah, pesalah juvana itu akan diletakkan di bawah perhatian polis. 
2.       *Perhatian yang dibuat oleh beberapa orang aktivis masyarakat menunjukkan bahawa pengabaian agama adalah punca keruntuhan moral dalam kalangan remaja.

                Apakah maksud kedua-dua ayat di atas yang sebenarnya? Ayat  1 bermaksud pesalah juvana itu akan terus berada di bawah “pengawasan” polis walaupun dia dibebaskan oleh pihak makhmah. Ayat  2 pula bermaksud bahawa menerusi “pengamatan” penulis, beliau mendapati pengabaian didikan agama menjadi punca berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Persoalannya, benarkah kata perhatian dalam kedua-dua ayat tersebut mendukung maksud “pengawasan” dan “pengamatan”?

                Yang sebenarnya kata perhatian bukanlah kata yang tepat untuk kedua-dua ayat tersebut. Kata yang tepat ialah pemerhatian. Hal ini bermakna, ayat-ayat tersebut harus diungkap atau ditulis seperti yang berikut:

1.       Walaupun dibebaskan oleh pihak mahkamah, pesalah juvana itu akan diletakkan di bawah pemerhatian polis. 
2.       Pemerhatian yang dibuat oleh beberapa orang aktivis masyarakat menunjukkan bahawa pengabaian agama adalah punca keruntuhan.

                Daripada segi makna, kata perhatian bermaksud “keinginan atau kesukaan terhadap sesuatu, minat ( reaksi atau layanan dan sebagainya)”. Kata pemerhatian pula bererti “perbuatan memandang atau melihat dengan cermat” ; “perbuatan mengamati-amati, pengamatan” ; perbuatan mengambil peduli”.

                Contoh bagaimana kata yang sedang kita bincangkan ini patut digunakan dengan betul adalah seperti yang berikut ini:
  1.  Kelunakan suara biduaniti itu menarik perhatian beberapa orang composer terkenal tanah air.
  2. Setiap ibu bapa mestilah memberikan perhatian yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak mereka.
  3. Melalui pemerhatian guru, pelajar yang petah berpidato itu layak dipilih sebagai pemidato terbaik dalam pertandingan itu.
  4. Setelah beberapa lama melakukan pemerhatian dan percubaan barulah diketahui bahawa air sungai itu dicemeri oleh merkuri.

Tuesday, 8 November 2011

KOSA KATA - KATA KERJA


1. menuang air kopi
2. melipat pakaian
3. bermain anak patung
4. mengusap bulu kucing
5. menggosok seluar
6. menyiapkan kerja sekolah
7. menyimpan buku
8. mengecat papan luncur
9. menyulam alas meja
10. mengait baju sejuk

EJAAN AKAN DIADAKAN PADA 9 NOVEMBER 2011 ( RABU)
1.倒咖啡
2.折衣服
3.玩洋娃娃
4.抚摸猫
5.烫裤
6.做功课
7.收书
8.油漆滑板
9.刺绣桌布
10.钩织毛衣


back to top