#backtotop { padding:5px; position:fixed; bottom:10px;right:10px; cursor:pointer; }

Wednesday, 19 October 2011

DENGAN ( 4 )


Seterusnya, perkataan dengan membawa maksud perbandingan setara atau juga disebut sebagai perbandingan yang serupa/sama. Contohnya:

8. Wajahnya tidak sama derngan wajah kakaknya.
9. Tentu tidak sama emas tulen dengan emas suasa.

Timbul satu persoalan bahasa, iaitu bolehkah perkataan dengan dalam ayat ( 2) Ibu ke pasar dengan kakak, digantikan dengan perkataan dan menerbitkan bentuk ayat baharu (2a) Ibu dan kakak ke pasar, kerana maksud kedua-dua perkataan dengan dan dan dalam ayat itu sama, yakni membawa maksud bersama atau serta?
Boleh. Kedua-dua ayat (2) dan (2a) sama maksudnya, iaitu maksud bersama. Kedua-dua ayat ini betul dari segi binaan dan makna; yang membezakan kedua-dua ayat itu terletak pada penggunaan kata sendi nama dengan (ayat2) da kata hubung setara dan (ayat 2a)
Sebagai kata sendi nama, dengan merangkaikan frasa nama (kakak) dengan kata/frasa-frasa lain (ke pasar). Itulah tugas kata sendi nama. Sebagai kata hubung gabungan, dan menjalankan peranannya sebagai perkataan yang menghubungkan dua ayat atau lebih yang sama taraf sifatnya membentuk ayat majmuk gabungan setara (2a).
Ayat (2a) berasal daripada dua potong ayat dasar yang sama taraf, iaitu:

Ayat 1 : Ibu ke pasar
Ayat 2 : Kakak ke pasar
Kata hubung : dan
Proses gabungan : Ibu ke pasar + Kakak ke pasar
Ayat majmuk : Ibu dan kakak ke pasar.

Jelaslah bahawa kata hubung dan menggabungkan dua ayat, manakala dengan merangkaikan frasa. Kedua-duanya berbeza fungsi,namun kedua-duanya mempunyai maksud yang sama.

Tuesday, 18 October 2011

DENGAN ( 3 )

Kata sendi nama dengan juga digunakan untuk menyatakan makna keterangan cara. Dengan kata lain, perkataan dengan dapat menerangkan cara sesuatu itu dilakukan. Maksud ini tersirat dalam ayat-ayat contoh berikut:


6. Kita hendaklah memulakan makan dengan bacaan doa.
7. Dia belajar dengan rajinnya.


Harus diingat, kata adjektif rajin yang hadir selepas kata sendi nama dengan perlu dilengkapi dengan -nya, supaya menerbitkan frasa nama rajinnya. Fungsi -nya adalah sebagai pembenda, yakni menjadikan kata adjektif (rajin) berubah menjadi frasa nama dengan adanya kata pembenda -nya di hujungnya (rajinnya), sekali gus dapat menepati struktur frasa sendi nama yang terbentuk daripada kata sendi yang diikuti kata/frasa nama. Oleh itu, dalam konteks ini, perkataan dengan ialah kata sendi manakala rajinnya ialah kata/frasa nama.

Monday, 17 October 2011

DENGAN ( 2 )

 Kata sendi nama dengan dapat digunakan dalam ayat untuk membawa maksud memakai atau menggunakan sesuatu sebagai alat. Contohnya:

4. Fikiri membelah kayu dengan kapak.
5. Ibu menyapu sampah dengan penyapu lidi.

  Oleh sebab perkataan dengan dalam kedua-dua ayat di atas membawa maksud menggunakan atau memakai maka perkataan 'menggunakan' tidak perlu lagi hadir mengikuti perkataan dengan membentuk frasa dengan menggunakan, kerana bentuk yang demikian itu dianggap lewah. Tambahan pula, kata sendi nama dengan harus diikuti oleh kata/frasa nama, bukan kata kerja menggunakan untuk membentuk binaan frasa sendi nama. Oleh itu ayat (4a) dan (5a) yang berikut dianggap tidak persis:

4. (a) Fikiri membelah kayu dengan menggunakan kapak.
5. (a) Ibu menyapu sampah dengan menggunakan penyapu lidi.





Sunday, 16 October 2011

DENGAN - ( 1 )

Dengan ialah kata sendi nama bahasa Melayu. Dari segi makna, dengan bermaksud serta, bersama. Oleh itu perkataan dengan boleh digantikan dengan perkataan serta dan bersama tanpa merobah maksud ayat. Telitilah ayat contoh yang berikut:
1. (a) Saya ke sekolah dengan adik setiap hari.
    (b) Saya ke sekolah bersama adik setiap hari.
    (c) Saya serta adik ke sekolah setiap hari.

 Apakah fungsi kata sendi nama dengan ?
      * Sebagai kata sendi nama, perkataan dengan di hadapan kata nama / frasa nama digunakan untuk membawa beberapa maksud tertentu. Bagi tujuan bersama-sama atau berserta, dengan dapat memainkan funfsi ini. Telitilah fungsi perkataan dengan dalam ayat-ayat contoh berikut:
2. Ibu ke pasar dengan kakak.
3. Dengan siapakah engkau hendak pergi ke bandar ?
Dalam ayat (2), ibu serta kakak yang ke pasar; dan dalam ayat (3), engkau serta seorang yang tidak diketahui akan pergi ke bandar.
     

Saturday, 15 October 2011

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Penjodoh Bilangan
  • Penjodoh bilangan  ialah sejenis kata nama kerana digunakan dengan kata nama
  • Tujuan adalah untuk menyatakan bilangan sesuatu
  •  Untuk menentukan bilangan yang lebih tepat, kata bilangan digunakan seperti se, satu, dua, sepuluh, dan sebagainya.  
  • Kata bilangan ini diletakkan sebelum penjodoh bilangan dan diikuti oleh kata nama.
  Contoh;
  Kata Bilangan       Penjodoh Bilangan         Kata Nama
   se / satu                      ekor                                burung
    sepuluh                      batang                           kayu
    seratus                        biji                                  tembikai
    sebelas                        butir                               telur
PENJODOH
PENGGUNAAN
CONTOH
angkatan
baris

batang

bentuk
berkas

bidang

bungkus
butir

carik

benda dan manusia
manusia, benda atau tumbuhan
benda yang panjang, pendek, lurus dan keras
benda kecil yang dicipta
benda yang telah diberkas atau diikat
benda yang lebar, luas dan rata
benda-benda yang dibalut
benda yang kecil dan hamper bulat
benda nipis dan berkeping-
keping 

belia, tentera, penulis,
murid, rumah, orang, ayat, pokok getah …
mancis, tongkat, pen, lilin …
cincin, mata kail, subang,
rotan, ranting, kunci, kayu, …
kebun, kain, bendang, layar, tikar, …
nasi lemak, mi, rokok, …
telur, mutiara, beras, peluru, …
kain perca, kertas, daun, …




 

Friday, 14 October 2011

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada lapan jenis berdasarkan makna perkataan-perkataan, iaitu:
  1. kata adjektif sifat / keadaan : berani, cerdik, pandai
  2. kata adkektif berwarna : merah, biru, hitan, mhitam
  3. kata adjektif ukuran : cetek, nipis, tebal
  4. kata adjektif bentuk : bujur, bundar, bulat
  5. kata adjektif waktu : baru, lama
  6. kata adjektif cara : cepat, deras
  7. kata adjektif perasaan : benci, cinta
  8. kata adjektif pancaindera : 
  • padang   : ayu, buruk, cantik, hodoh
  • dengar   : bising, mersik, merdu, nyaring
  • bau        : busuk, hapak, hamis, harum
  • rasa       : lazat, manis, sedap, kelat
  • sentuh    : basah, halus, kasar, lembut



Thursday, 13 October 2011

PENGAJARAN KARANGAN ( FAKTA )

Soalan : Tulis satu karangan yang bertajuk “Kebaikan Menyertai Kegiatan Kokurikulum”
Pendahuluan
   setiap sekolah diwujudkan aktiviti kokurikulum – contohnya pengakap, pandu puteri, dan lain-lain
Isi Penting
* dapat mengisi masa lapang  dengan kegiatan yang berfaedah
    – tidak terjebak dalam gejala sosial
  * dapat pengetahuan baru yang tidak diperoleh di dalam bilik darjah
   – pertolongan cemas,  berkhemah, pertahanan diri,  dan lain-lain
* melatih murid-murid supaya sentiasa mematuhi  peraturan dan berdisiplin –
    mampu memikul amanah  dan tanggungjawab
* mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan
    – melatih diri menjadi pemimpin
    – tidak mementingkan diri sendiri
Penutup
aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah – pendedahan awal kepada setiap pelajar amat penting


back to top