Tuesday, 11 October 2011
Monday, 10 October 2011
LATIHAN MENCARI NILAI MURNI
Baca ayat di bawah
dengan teliti. Kemudian tuliskan nilai
murni yang sesuai bagi ayat tersebut.
1.
Selvi bercakap lembut
dengan bapanya.
( )
2.
Chong Beng membaca
majalah sementara menunggu kedatangan ibunya.
( )
3.
Aman memulangkan cincin
yang dijumpai kepada guru disiplin.
( )
4.
Mui menyiapkan kerja
sekolah yang diberi oleh guru.
( )
5.
Kakak memotong sayur
dengan berhati-hati.
( )
JAWAPAN
1. bersopan-santun 2. menghargai masa 3. jujur
4. bertanggungjawab 5. menjaga keselamatan
Sunday, 9 October 2011
LATIHAN NILAI MURNI- FORMAT UPSR
Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
SOALAN
Selepas bangun
daripada tidur, Rina membersihkan diri dengan mandi dan menggosok gigi. Kemudian
, Rina akan akan mengemas katilnya tanpa bantuan ibu. Dia tidak lupa bersarapan
pagi sebelum pergi ke sekolah. Dia amat mementingkan kesihatan badannya.
Rina
akan bersalam dengan ibu bapanya sebelum pergi ke sekolah. Setibanya di dalam
kelas, Rina terus menyapu sampah. Dia lebih suka belajar dalam keadaan yang
bersih.
Sebagai
seorang ketua darjah, Rina selalu membantu kawan - kawan yang menghadapi
masalah. Selain itu, dia juga menjaga disiplin kelas jika cikgu masih belum
masuk kelas. Rina selalu dipuji oleh guru – guru.
JAWAPAN :
Kita mesti menjaga kebersihan dengan mandi selepas bangun daripada tidur. Seterusnya, kita perlulah berdikari dengan mengemas katil tanpa bantuan ibu. kita hendaklah bersopan-santun seperti Rina bersalam dengan ibu bapanya sebelum pergi ke seklah. Akhirnya, kita perlulah baik hati dengan membantu kawan yang menghadapi masalah.
Saturday, 8 October 2011
Pengajaran kertas 2-Bahagian C
CARA MENJAWAB SOALAN
- Baca dan fahami situasi.
- Gariskan kata kunci dalam soalan.
- Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks.
- Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
- Panjang jawapan tidak melebihi 40 patah perkataan.
- Contoh Ayat : Yik Hua membaca buku sementara menunggu bas tiba.
- Nilai murni : menghargai masa
Untuk mendapat markah yang cemerlang dalam bahagian C ini,
anda mestilah :
- Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
- Menggunakan ayat yang lengkap dan gramatis.
- Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
- Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.
- Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul.
- Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina.
- Anda dikehendaki untuk membina ulasan dalam satu perenggan sahaja dimulai dengan rangkai kata
- kita mestilah….,
- kita hendaklah….,
- kita haruslah….,
- kita patutlah….,
- kita perlulah….,
- Ulasan yang dibina perlulah secara berturutan.
Friday, 7 October 2011
NILAI MURNI / PENGAJARAN / AMALAN BAIK BM-BC ( 4 )
| 39. semangat bermasyarakat | 社会意识 |
| 40. semangat nasional | 爱国精神 |
| 41. semangat kejiranan | 睦邻精神 |
| 42. semangat patriotisme | 爱国精神 |
| 43. semangat muhibah | 和谐 |
| 44. hormat-menghormati | 互相尊敬 |
| 45. prihatin | 关心 |
| 46. cermat | 小心 |
| 47. bertindak pantas | 反应快 |
| 48. taat setia | 服从 |
| 49. setia kawan | 忠于朋友 |
| 50. cekal | 决心 |
| 51. tabah | 坚强 |
| 52. bermuafakat | 同意 |
| 53. penyayang | 爱心 |
| 54. saksama | 公正 |
| 55. berhati mulia | 崇高品德 |
| 56. tidak sombong | 不骄傲 |
Thursday, 6 October 2011
NILAI-NILAI / PENGAJARAN / AMALAN BAIK BM-BC ( 3 )
| 23. baik hati | 好心 | ||
| 24. murah hati | 慷慨 | ||
| 25. belas kasihan / bersimpati | 同情 | ||
| 26. cinta akan = negara | 爱国 | ||
| = sekolah | 爱校 | ||
| 27. ikhlas | 诚心 | ||
| 28. amanah | 可信赖 | ||
| 29. berani | 勇敢 | ||
| 30. rajin | 勤劳 | ||
| 31. bebas | 自由 | ||
| 32. cekap | 反应灵敏 | ||
| 33. bersabar | 耐心 | ||
| 34. yakin diri | 自信 | ||
| 35. tolong-menolong / | 互相帮助 | ||
| bantu-membantu | |||
| 36. gigih | 坚定 | ||
| gigih berusaha | |||
| 37. berhemah tinggi | 崇高品德 | ||
| 38. bersatu padu | 团结 | ||
Wednesday, 5 October 2011
NILAI-NILAI / PENGAJARAN / AMALAN BAIK BM-BC ( 2 )
| 9. menjaga kesihatan diri | 照顾健康 |
| 10. menjaga keselamatan diri | 照顾安全 |
| 11. bekerjasama | 分工合作 |
| 12. berdisiplin | 有纪律 |
| 13. mematuhi peraturan = sekolah | 遵守规则 |
| = jalan raya | |
| = perpustakaan | |
| 14. merendah diri | 谦虚 |
| 15. bertimbang rasa | 体谅 |
| 16. berjimat-cermat | 节省 |
| 17. jujur | 诚实 |
| 18. taat = negara | 服从 |
| = ibu bapa | |
| = agama | |
| 19. tekun | 勤奋 |
| 20. rasional | 理智 |
| 21. bersyukur | 感恩 |
| 22. menyayangi = haiwan | 疼爱动物 |
| = ibu bapa | 父母 |
| = keluarga | 家庭 |
| = guru | 老师 |
| = alam sekitar | 环境 |
Subscribe to:
Posts (Atom)